• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APEC 2020 Dilancarkan Dengan Tema Kemakmuran Bersama

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) disarankan menerima pakai falsafah kemakmuran bersama dalam ekonomi masing-masing bagi menambah baik kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata Malaysia mengetengahkan falsafah itu menerusi tema bagi Persidangan APEC 2020 iaitu ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’ bagi mencerminkan falsafah itu.

Negara baru-baru ini melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, dengan matlamat mewujudkan ekonomi yang boleh mencapai pertumbuhan seimbang dan mampan, selain pengagihan kekayaan yang adil dan sama rata dalam semua kumpulan pendapatan, etnik, wilayah geografi dan rantaian bekalan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan APEC 2020.

“Malaysia memilih memilih tema ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’ bagi APEC 2020, yang mencerminkan bahawa falsafah yang mendokong forum ini adalah ‘Perkongsian Kemakmuran’.

“Sudah tiba masanya anggota APEC menimbang menerima pakai falsafah ini dan menerapkannya ke dalam model ekonomi semasa, menambah baik kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya ketika melancarkan APEC 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata konsep kemakmuran bersama akan menambah baik keseluruhan kesejahteraan rakyat dan memastikan mereka mempunyai standard hidup yang lebih baik akan menjadikan APEC mampan dan relevan sebagai sebuah perkumpulan bagi tempoh jangka panjang.

Katanya, Malaysia pula akan menangani segala cabaran, termasuk risiko penurunan ekonomi daripada luar dan ketegangan dasar perdagangan yang masih berlarutan dalam usaha memastikan kejayaan APEC 2020.

“Apabila kita mengambil alih sebagai pengerusi (APEC) tahun depan, kita sedar bahawa dunia kini melihat defisit keyakinan dalam ekonomi.

“Rakyat hilang pandangan relevan atau manfaat mengenai model ekonomi global berikutan banyak ketidakseimbangan yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka.

“Ketika kali pertama menganjurkan APEC pada 1998, banyak ekonomi di rantau ini mengambil langkah mengurangkan kesan buruk krisis kewangan Asia 1997 dan usaha tertumpu kepada pemulihan kestabilan kewangan dan memperkuat pertumbuhan ekonomi.

“Bagaimanapun, masyarakat ekonomi global pada masa itu bersatu dan mengesahkan kepercayaan mereka terhadap globalisasi kerana ia akan mewujudkan lebih peluang untuk banyak ekonomi.

“Hari ini, Malaysia melancarkan APEC 2020 berhadapan latar belakang yang hampir sama apabila risiko penurunan dan ketegangan dasar perdagangan masih berterusan.

“Trend ini akan terus melemahkan keyakinan pelabur, menggugat kepercayaan dalam manfaat perdagangan dan pelaburan global kepada rakyat setiap hari,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, dengan potensi pasaran rantau APEC yang besar, menguasai 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan hampir 50 peratus perdagangan global, negara anggota APEC perlu berusaha melaksanakan perkara yang betul dan mencipta peluang dari pertubuhan yang kukuh ini.

“Kita mesti mengakui bahawa terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat kita dalam isu asas seperti kos sara hidup, perumahan, pengangguran dan upah yang rendah.

“Oleh itu, menjadi peranan APEC untuk memastikan kita menyumbang dan berkongsi manfaat yang boleh dibawa oleh perdagangan kepada masyarakat keseluruhannya.

“Malaysia mendepani semua cabaran ini dengan visi untuk memastikan APEC 2020 berjaya di mana faedah daripada perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi dirasa dan dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, APEC penting kepada Malaysia kerana rantau ini menyumbang lebih daripada 80 peratus kepada jumlah perdagangan negara dan lebih daripada 70 peratus melalui pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan.

“Kira-kira 40 peratus daripada peluang pekerjaan yang diwujudkan, secara langsung terkait dengan aktiviti eksport.

“Kami mempunyai kepentingan untuk memastikan rantau ini tetap mesra perniagaan dan dasar perdagangan serta pelaburan akan membawa kemakmuran kepada semua, sehingga kepada rakyat biasa,” katanya.

Selain itu Dr. Mahathir berkata, sebagai hos APEC 2020, Malaysia akan terus memperkasakan wanita dalam ekonomi; keterangkuman kewangan; pembabitan belia; pembangunan mampan dan mewujudkan persekitaran kondusif bagi usahawan, pemula niaga serta perusahaan sosial. – BH Online

Tags: APEC 2020Asia PasifikEkonomi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Apa Sibuk-Sibuk Nak Siasat?” – Syed Hussin

Next Post

Eksport Oktober Susut 6.7% Kepada RM90.6 Bilion

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

Next Post

Eksport Oktober Susut 6.7% Kepada RM90.6 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd