• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ambil Saya Jam 6 Petang” Pesanan Terakhir Farhan

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – “Ambil saya jam 6 petang,” itu kata- kata terakhir Mohammad Farhan Fudhail Mohd Farid, 16, yang meninggal dunia selepas terlanggar tiang ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia petang semalam.

Ibu saudaranya, Farhanatul Nadia Md Sazali, 33, berkata, ahli keluarga mereka tidak menyangka kata-kata terakhir Mohammad Farhan itu menjadi kenyataan apabila tepat jam 6 petang (waktu Australia), beliau sekeluarga berada di bilik mayat Townsville University Hospital untuk membuat pengecaman jenazah.

“Tak sangka betul dia balik pukul 6. Balik yang dia maksudkan ialah balik selama-lamanya.

“Allahuakbar waktu itu kaki saya lemah seperti tak jejak ke bumi. Saya rasa kehilangan. Pagi tadi dia ada, petang dia meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, sebentar tadi.

Farhanatul Nadia dan dua anaknya; Hanna Humaira, 3, dan Maryam Malika, setahun setengah, tiba di Australia bersama anak saudaranya itu serta adik Mohammad Farhan, Farranazatul Fiqa Mohd Farid, 15, pada 21 Disember lalu.

Mereka bercuti di negara Kanggaru itu di samping meluangkan masa di rumah ibu Mohammad Farhan, Fhurzanatul Natasha Md Sazali, 32, yang bermastautin di sana sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Farhanatul Nadia, beberapa hari sebelum berangkat ke Australia, remaja itu menunjukkan kelainan dengan meminta membelikan papan selaju, sedangkan dia tidak pernah bermain permainan itu.

“Ini hari ketiga arwah main skateboard. Dia minta mak cik dia dan nenek hantar ke kawasan tu untuk main dengan seorang kawannya di sini. Arwah ada kawan di sini kerana dua tahun lepas pernah sekolah di Townsville Grammar School.

“Memang dia ada janji dengan kawannya tu untuk main sama-sama. Tak sangka permintaan terakhir dia menjadi petanda dan sebab untuk dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Sementara itu, datuk saudara Mohammad Farhan, Azahari Hassan, 47, ketika ditemui di kediamannya di Kubang Buaya di sini berkata, pemergian arwah merupakan kehilangan berganda buat keluarga mereka.

Ini kerana katanya, sebulan lalu mereka baru sahaja kehilangan datuk Mohammad Farhan, Mohd Arif Abdullah Russell Machen, 63, yang meninggal dunia pada awal November lalu.

“Datuknya, iaitu abang ipar saya meninggal di Bali dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini.

“Insya-ALLAH keluarga pun buat keputusan untuk bawa balik jenazah Mohammad Farhan ke sini dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama,” katanya.

Menyingkap peribadi Mohammad Farhan, kedua-duanya menyifatkan remaja itu sebagai anak yang sangat disenangi dan penyejuk mata keluarga kerana kebaikannya dan gemar membantu.

Dia juga mempunyai sikap suka menawarkan diri untuk membantu orang lain dan tidak pernah meninggikan suara.

Terdahulu, Mohammad Farhan dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang selepas terlanggar tiang besi tepi jalan ketika bermain papan selaju di kawasan jalam bercerun di Quensville, Australia.

Arwah dijadualkan menjalani bedah siasat di hospital di sana yang dijangka mengambil masa lima hari sebelum dibawa pulang ke Kubang Buaya di sini.

Arwah menetap di Kuantan bersama adik, nenek, datuk saudara, emak saudara serta dua sepupu dan merupakan cucu pertama Azahari daripada 25 orang kesemuanya. – Sinar Harian

Tags: Australiameninggal duniapapan selajuterlanggar tiang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

01/08/2025
0

IPOH: Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menuntut agar siasatan segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd