• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Akademik Cipta Sejarah Menang Pingat Emas E-Sukan

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ahli akademik, Dr. Yew Weng Keng mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas e-Sukan pertama, di Sukan SEA di Filoil Flying V Centre, San Juan hari ini.

E-Sukan merupakan satu acara yang buat pertama kalinya dianjurkan di Sukan SEA dan atlet yang berusia 29 tahun itu memenangi emas bersejarah itu bagi permainan Hearthstone dengan menewaskan peserta Thailand Werit Popan 3-1 untuk pingat emas.

Pemegang Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Elektronik yang juga seorang penolong profesor di Universiti Heriot Watt, Malaysia juga menolak persepsi mereka yang menghabiskan masa bermain permainan elektronik tidak boleh berjaya dalam pendidikan dan kerjaya dengan berjaya dalam kedua-duanya.

Lebih dikenali dengan nama wkyew90, Weng Keng memulakan perlawanan dengan memenangi permainan pertama, namun kalah permainan kedua dan terikat kedudukan 1-1.

Pada permainan ketiga, beliau menghadapi persaingan sengit lebih daripada setengah jam untuk mendapatkan mata kedua sebelum memenangi perlawanan keempat dengan mudah, untuk menang 3-1.

“Pingat emas ini, amat bermakna untuk saya dan Malaysia, kerana ini pingat emas pertama negara dalam e-Sukan dalam sejarah Sukan SEA. Rasa kagum, gembira dan bersyukur … saya percaya saya dapat mencipta sejarah, dengan menyumbangkan satu pingat emas kepada negara dan saya amat gembira untuk memenanginya.

“E-Sukan satu trend sekarang ini, akan terus ada walau apapun kita lakukan … Remaja dan generasi kita akan datang akan lebih dan lebih terikut dengan permainan elektronik, ibu bapa seharusnya melihatnya dari segi positif, kerana permainan elektronik sebenarnya boleh meningkatkan pemikiran serta pemikiran strategik dan kritikal.

“Kesemua ini adalah skil yang diperlukan dalam kehidupan, namun anak-anak perlu mengimbangkan antara permainan, aktiviti kesihatan dan juga pendidikan. Jika sepenuh masa bermain tanpa peningkakan dalam pelajaran, anda tidak akan berjaya,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian hadiah.

Hearthstone merupakan satu permainan dalam talian berdasarkan kepada permainan kad berstrategi yang dimainkan antara dua orang.

Malaysia sebelum ini menang gangsa dalam Mobile Legends: Bang Bang menerusi Ahmad Ali Huzaif Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Jamil Nurolla, Izme Haqeem Hamsjid dan Muhammad Hazeem Onn selepas tewas kepada pasukan tuan rumah 0-2, semalam.

Sejumlah enam pingat emas dipertandingkan dalam e-Sukan iaitu, Tekken 7, Starcraft II, Heartstone, Arena of Valor, Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang.

Tags: Ahli Akademike-sukanPingat EmasSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

15/05/2023
0

PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd