• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGRA, GPMS, PERKASA Batal Perhimpunan Bantah Dong Zong

oleh
28/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan, membatalkan Himpunan Julang Perlembagaan ‘Rempuh 2812’ di Kajang, pagi ini.

Dua lagi NGO adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Presiden AGRA, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, berkata pihaknya sedia bekerjasama untuk membatalkan perhimpunan itu susulan polis mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan penganjuran persidangan isu tulisan jawi yang dijadual diadakan di sebuah kolej di Kajang.

Jelasnya, perhimpunan pihaknya bersama rakan seperjuangan, PERKASA dan GPMS, yang dirancang adalah bagi menentang usaha gerakan anti-nasionalis Dong Zong yang mahu membantah pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular.

“Dong Zong sememangnya biadab kerana berani menunggu sehingga saat akhir keputusan mahkamah untuk akur dengan desakan pelbagai pihak (supaya membatalkan persidangan isu tulisan jawi).

“Suka ditekankan bahawa AGRA, GPMS dan PERKASA bersama lain-lain gabungan masyarakat dan orang awam yang cintakan negara serta mendaulatkan Perlembagaan dan menjunjung Rukun Negara jelas sama sekali tidak akan berganjak untuk melawan pengkhianatan Dong Zong andai diteruskan kongres ‘khianat’, anti-jawi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang turut mewakili PERKASA dan GPMS malam tadi.

Malam tadi, Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong yang dihubungi BH, mengesahkan persidangan isu tulisan jawi anjuran pertubuhan itu di Kajang hari ini dibatalkan selepas mendapat perintah mahkamah yang diterima jam 5.10 petang semalam.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, dilaporkan berkata polis membuat permohonan dan memperoleh perintah berkenaan daripada Mahkamah Kajang bagi menghalang Dong Zong meneruskan persidangan berkenaan.

Mohd Ashraf Mustaqim, berkata AGRA menyambut baik usaha polis yang mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan kongres anti-jawi Dong Zong yang rasis dengan hasrat mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan terus menerus menekan perihal isu jawi.

“Pada masa sama berlaku derhaka kepada institusi diraja apabila hasrat mereka pada asalnya turut tidak mengendahkan titah Tuanku Permaisuri Agong.

“Dengan ini, mewakili rakan seperjuangan yang mendukung himpunan balas ke atas Dong Zong, AGRA ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menjaga kredibiliti PDRM selaku badan penguat kuasa yang menjaga kedaulatan negara.”

Mengulas lanjut, Mohd Ashraf Mustaqim, berkata AGRA mendesak semua status siasatan ke atas Dong Zong melalui laporan polis yang dibuat orang awam terhadap pertubuhan itu dipercepatkan bagi mengelakkan sentimen hilang kepercayaan terhadap institusi yang memelihara jati negara.

Beliau turut mengakui AGRA juga dalam proses mengumpul segenap bukti pengkhianatan Dong Zong bagi membolehkan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan ke atas kekacauan yang selama ini dimulakan pertubuhan itu.

Tegasnya, Dong Zong sangat biadab kerana menunggu sehingga saat akhir keputusan mahkamah untuk akur dengan desakan pelbagai pihak supaya pertubuhan itu membatalkan persidangan isu tulisan Jawi yang mahu diadakan.

Justeru, AGRA menyeru semua pihak untuk terus bersama pertubuhan itu dan badan-badan lain untuk bersama mengecam dan memberikan tekanan ke atas Dong Zong kerana jelas niat mereka adalah berlaku khianat dan membawa kucar-kacir dalam negara atas tingkah mereka selama ini.

“AGRA tidak akan berhenti di sini, AGRA akan terus memantau perkembangan Dong Zong pada hari esok (hari ini) dan seterusnya sama ada benar Dong Zong tidak melanggar perintah mahkamah.

“Sekiranya ada tingkah yang mencurigakan, AGRA dan gabungan akan semestinya bertindak. AGRA juga akan menggembleng tenaga untuk memulakan sesi advokasi memberi kefahaman masyarakat tentang agenda jati dan kebudayaan nasional demi kita memelihara keutuhan citra, cita dan cinta kepada tanah air,” katanya.

Katanya, AGRA juga akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, bagi memaklumkan kepada pihak Kementerian Pendidikan supaya tidak tunduk lagi terhadap desakan murahan Dong Zong. – BH Online

Tags: AGRADong ZongGPMSPERKASAsekolah cinatulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd