• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Tiba Di United Kingdom Untuk Lawatan Khas

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London untuk melakukan lawatan khas di United Kingdom (UK) dari 9 Disember hingga 16 Disember ini.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 6.30 petang waktu tempatan (2.30 pagi tadi, waktu Malaysia).

Ketibaan pasangan diraja itu disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Mohamad Sadik Kethergany, dan Vice Lord-Lieutenant of Bedfordshire, Kolonel Chris Sharwood-Smith.

Dalam kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, lawatan itu melambangkan kepentingan memelihara hubungan dua hala yang dijalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UK, terutama antara kerabat diraja kedua-dua negara.

Di London, baginda berdua berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari yang akan dihoskan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada Khamis ini.

Al-Sultan Abdullah juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Lord Archbishop of Canterbury, Justin Welby untuk bertukar-tukar pandangan berhubung masyarakat pelbagai bangsa dan agama di kedua-dua negara.

Menurut kenyataan itu, atur cara lawatan baginda berdua juga termasuk menghadiri majlis santapan malam dengan komuniti Malaysia di London dan melawat Perpustakaan British.

Al-Sultan Abdullah juga akan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat pada perbarisan bersempena istiadat pentauliahan diraja anakanda baginda Pemangku Raja Pahang​​, Tengku​​​​ Hassanal Ibrahim Alam Shah di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 13 Disember.

Al-Sultan Abdullah pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.

Lawatan khas ke UK adalah yang keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong akan melakukan lawatan ke Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Biro Dunia dan bangunan Associated Country Women of the World di sini.

Tags: Al-Sultan Abdullahlawatan khasUnited KingdomYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd