• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Lawat Perpustakaan British Di United Kingdom

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang dalam rangka lawatan khas ke United Kingdom (UK) meluangkan masa melawat Perpustakaan British, yang terkenal sebagai antara perpustakaan terbesar di dunia, berdasarkan jumlah item yang disenaraikan.

Ketibaan Yang di-Pertuan Agong disambut oleh Pengerusi Perpustakaan British, Dame Carol Black pada pagi Rabu yang diselubungi cuaca sangat sejuk.

Sepanjang dua jam lawatan itu, Seri Paduka Baginda dibawa melihat koleksi surat diraja dalam tulisan Jawi dan manuskrip oleh Ketua Seksyen Asia Tenggara, Datuk Dr. Annabel Teh Gallop.

Ia termasuk satu carta abad ke-17 mengenai Asia Tenggara dan pelan perancangan bandar Melaka.

Perpustakaan itu mempunyai lebih 170 juta item merangkumi dari hampir semua bahasa dan kumpulan kepercayaan.

Lebih 400,000 pengguna dari seluruh dunia datang melawat bilik bacaan perpustakaan berkenaan setiap tahun.

Sementara itu, Annabel yang fasih berbahasa Melayu, berkata bagi seksyen Melayu terdapat kira-kira 10,000 buku, majalah dan akhbar bercetak dan 1,000 manuskrip bertulisan tangan dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

“Antara yang kita tunjukkan kepada Seri Paduka hari ini ialah surat Sultan Johor dan Pahang, Sultan Mahmud Shah yang diutus kepada Sir Stafford Raffles pada 1811 ditulis dalam tulisan Jawi yang amat cantik dan dihiasi dengan ukiran keemas-emasan yang sangat indah,” katanya.

Beliau berkata, bahan sejarah berkenaan antaranya berasal daripada koleksi pegawai British seperti Raffles dan John Crawfurd.

“Koleksi di perpustakaan ini lebih kaya di bidang sastera, sejarah dan undang-undang, manakala dalam koleksi yang ada di Perpustakaan Negara Malaysia lebih kaya di bidang agama,” katanya yang dibesarkan di Brunei.

Tags: Al-Sultan AbdullahPerpustakaan BritishUnited KingdomYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd