• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Harap Kerjasama Malaysia-UK Dipertingkatkan

oleh
14/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap kerjasama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) dapat dipertingkatkan terutama selepas berakhirnya pilihan raya umum UK, kelmarin.

Seri Paduka yang dalam lawatan khas ke UK sehingga 16 Disember ini bertitah, hubungan baik antara kedua-dua negara selama ini mampu membantu mengembangkan lagi kerjasama yang sedia terjalin.

“Dalam masa (lawatan) yang singkat ini, banyak saya dapat maklumat berkaitan dengan pelaburan-pelaburan Malaysia di sini.

“Saya harap dengan berakhirnya election (pilihan raya), kerjasama Malaysia dan UK dapat ditingkatkan supaya kedua-dua negara dapat manfaat daripada hubungan yang baik ini,” titah baginda kepada media Malaysia di sini.

Menurut laporan media, Boris Johnson kekal sebagai Perdana Menteri selepas Parti Konservatif di bawah pimpinannya memenangi pilihan raya umum itu.

Mengulas pertemuan dengan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham dalam majlis santapan tengah hari pada Khamis, Seri Paduka menyifatkan ia satu perjumpaan yang amat mesra.

Titah Seri Paduka, Ratu Elizabeth II turut membangkitkan pertanyaan mengenai keadaan semasa Malaysia.

“Malaysia begitu dekat dengan baginda dan baginda juga mengimbau semasa Sukan Komanwel 1998 (Kuala Lumpur) di mana baginda turut hadir (majlis penutupan).

“Kami juga bercakap hal-hal lain, mengenai kuda kerana ia antara kegemaran baginda,” titah Seri Paduka.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah menyifatkan lawatan khas itu memberi erti yang besar kepada baginda khususnya kerana dapat bersama rakyat Malaysia di UK dalam majlis santapan malam Selasa lalu.

“Saya harap mereka dapat memberi nilai tambah kepada Malaysia kerana mereka berada di rantau ini…mereka lebih tahu cara-cara dan perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada negara kita,” titah Seri Paduka. 

Tags: Al-Sultan AbdullahUnited KingdomYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd