Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

UMNO Beri Laluan PAS...

UMNO tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Tun Mahathir Puji Sistem...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu terminal bas lain di negara...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter melanda Ranau...

Lagi Tren LRT Terbakar.....

PENUMPANG Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini digemparkan dengan dua kejadian kebakaran berlainan apabila...

Agong Hadir Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Ratu Elizabeth II

LONDON – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis santapan tengah hari bersama dengan Ratu Elizabeth II di istana Buckingham, semalam.

Sebaik tiba, Seri Paduka berdua yang menerima tabik hormat diraja disambut oleh Earl of Wessex, Putera Edward.

Pasangan diraja itu diiringi oleh anakanda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima, Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Puteri, Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Mohamad Sadik Kethergany.

Terdahulu Al-Sultan Abdullah melawat Westminster Abbey, yang merupakan salah satu tempat ibadat tersohor di United Kingdom, dan yang menjadi tempat pemahkotaan serta pengebumian tradisional untuk raja-raja Inggeris.

Baginda turut meletakkan kalungan bunga di makam seorang askar British yang tidak dikenali, yang terbunuh di medan perang Eropah semasa Perang Dunia Pertama dan jasadnya dibawa ke gereja itu pada tahun 1920 dari tanah perkuburan medan perang di utara Perancis dan diberi pengebumian negara.


Seri Paduka turut meluangkan masa melawat Churchill War Rooms, kompleks bawah tanah bersejarah yang menempatkan pusat kawalan kerajaan British semasa Perang Dunia Kedua.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di UK untuk lawatan khas sehingga 16 Disember.

Ia merupakan lawatan khas keempat Al-Sultan Abdullah selepas Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas, sejak ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada bulan Januari.

Kategori