• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aduan Nadzrul Zarfan Dapat Perhatian Mufti Wilayah

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri memuji tindakan seorang kanak-kanak yang mengutuskan surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dia dihalang solat di saf pertama.

Zulkifli melalui satu kenyataan berkata, tindakan kanak-kanak itu tidak salah berikutan langkah berkenaan dapat memberi pendedahan kepadanya mengenai cara solat dengan lebih sempurna.

Beliau berkata, selain itu, tidak ada ulama mengatakan bahawa saf solat akan terputus jika ada kanak-kanak di antara jemaah dewasa.

Kenyataan Zulkifli di Facebooknya yang memuji tindakan seorang kanak-kanak mengutuskan surat kepada pengurusan sebuah surau selepas dia dihalang solat di saf pertama.

“Tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pak cik ucapkan.

“Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada kanak-kanak antara orang dewasa, cakap pada dia Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai surat yang ditulis Nadzrul Zarfan Shahrul Azly kepada pengurusan sebuah surau dan meminta penjelasan berhubung tindakan menghalangnya solat di saf hadapan.

Zulkifli turut mencadangkan pihak pengurusan surau dapat melantik penyelia untuk mengawasi dan membimbing kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat melaksanakan solat dengan sebaik mungkin.

“Di samping itu, penyelia itu juga dapat menasihati kanak-kanak daripada membuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid,” katanya.

Beliau mengingatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak yang masih kecil ke masjid atau surau berikutan dibimbangi mengganggu jemaah lain.

“Sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu namun dibimbangi kedua ibu bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah mereka.

“Saya syorkan dalam keadaan sebegini ibu bapa dapat solat di tepi dinding (hujung saf) dan letakkan anak mereka di hujung sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli mendoakan kanak-kanak itu sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha berada di barisan pertama.

“Tahniah sekali lagi pak cik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pak cik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat.

“Kalau jumpa pak cik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.” – Sinar Harian

Tags: kanak-kanakMufti Wilayah PersekutuansolatZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd