• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 MoU Dimeterai Sempena Sidang Kemuncak KL

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat dan agensi kerajaan negara-negara Islam hari ini memeterai lima Memorandum Persefahaman (MoU) pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini.

Perjanjian tersebut melibatkan program pertukaran belia, keselamatam makanan, pusat kecemerlangan, kerjasama media serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan.

Ini termasuk program ‘Work4Malaysia’, sebuah inisiatif oleh firma perunding Turki, Mental HR Consultancy, yang menyediakan peluang kepada bakat-bakat Malaysia untuk mengikuti latihan dan kerjaya di pelbagai sektor di negara itu.

Firma berasaskan pertanian, Baladna dari Qatar akan bekerjasama dengan Felda Bhd. dalam usahasama projek tenusu secara besar-besar.

Tiga pihak telah menandatangani perjanjian untuk menubuhkan pusat kecemerlangan khusus untuk penyelidikan dalam meneroka bidang saintifik dan tekonologi tinggi iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), International Center for Chemical dann Biological Studies dari Pakistan dan Majlis Penyelidikan Saintifik Turki.

Bagi sektor keselamatan dan pertahanan, perjanjian melibatkan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI), Turki bagi membuka jalan untuk pembangunan masa depan dalam bidang penyelidikan dan teknologi baharu serta modal insan.

Organisasi media Malaysia dan Turki juga bersetuju menubuhkan sebuah pusat komunikasi bagi memerangi Islamofobia.

Pertukaran dokumen perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Tags: memorandum persefahamansidang kemuncak KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Lancar Kempen Burukkan Sidang Kemuncak KL

02/03/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen media untuk memburukkan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu yang dihadiri pemimpin...

Sidang Kemuncak KL: Penyertaan Bukan Pengiktirafan Kerajaan

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyertaan mana-mana individu atau organisasi pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 baru-baru, tidak semestinya mendapat pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd