• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Warga China Lari Dari Cyberjaya, Dicekup Di Ipoh

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 40 warga China, dipercayai saki baki mereka yang melarikan diri ketika operasi di Cyberjaya bulan lalu, ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, semalam.

Pengarah JIM, Perak Kamalludin Ismail, berkata warga China berkenaan terdiri daripada 38 lelaki serta dua wanita berumur antara 18 hingga 54 tahun ditahan dalam serbuan ke atas sebuah banglo di Jalan Tun Dr. Ismail di sini.

Katanya, siasatan di premis berkenaan mendapati banglo terbabit dijadikan lokasi bagi aktiviti dalam talian serta menjadi pusat sehenti warga China itu berdasarkan bekalan makanan yang ditemukan.

“Disyaki mereka telah berada di banglo berkenaan selama dua minggu dan menjalankan aktiviti dalam talian, bekalan makanan banyak dan tiada pergerakan keluar masuk selama empat hari risikan dijalankan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Kamaluddin berkata, hasil serbuan itu, pihaknya merampas 80 telefon bimbit, 31 komputer, tujuh ‘router’ berteknologi tinggi, 76 keping pelbagai jenis kad bank, 27 keping kad kredit negara China dan 31 kad pengenalan China.

Beliau berkata, siasatan lanjut pihaknya percaya aktiviti tidak bermoral turut dijalankan di banglo berkenaan dengan seorang daripada wanita yang ditahan disyaki dijadikan tempat pemuas nafsu.

Katanya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Operasi yang dijalankan selama dua jam bermula 4.30 petang itu dianggotai oleh 26 pegawai JIM Perak.

Pada 20 November lepas, JIM menggempur sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya dan menahan 680 warga China manakala lebih 100 warga China melarikan diri ketika operasi itu. 

Tags: cyberjayaImigresenSindiket Macau ScamWarga China
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tarif Elektrik Pengguna Domestik Kekal

Next Post

TH Umum Kontrak Simpanan Beralih Kepada Konsep Wakalah

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

Next Post

TH Umum Kontrak Simpanan Beralih Kepada Konsep Wakalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd