• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

373 Warga China Didakwa

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seramai 373 warga China yang ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan memasuki dan tinggal negara tanpa pas sah.

Daripada jumlah itu, 321 mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah sebentar tadi.

Seramai 290 dihukum dipenjara selama empat bulan bermula tarikh tangkap iaitu 20 November lalu manakala mahkamah memerintahkan 31 yang lain membayar denda RM5,000 dan diusir segera ke negara asal.

Sekiranya gagal menjelaskan denda itu, mereka diperintah menjalani hukuman penjara tambahan empat bulan.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh mengaku bersama-sama memasuki negara ini tanpa pas sah.

Kesalahan itu dilakukan di premis Malaysian House of Internet di Wisma Mustapha Kamal, Jalan Lingkaran Cyber Point Barat, Cyberjaya.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan Seksyen 6(3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan sepasukan Pegawai Pendakwa Imigresen yang diketuai oleh V Kasthuri Bai.

Kasthuri dalam hujahannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran agar menjadi iktibar kepada pendatang asing.

“Kami juga memohon mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan yang mana tertuduh ditangkap dalam satu premis internet.

“Keberadaan mereka di dalam premis tersebut itu adalah meragukan iaitu semata-mata mencari nafkah di negara ini,” katanya.

Tengku Shahrizam menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi 52 warga China untuk pengesahan pasport.

Terdahulu, prosiding yang memakan masa hampir tiga jam bermula jam 8 pagi berlangsung secara berperingkat dengan kesemua tertuduh dipecahkan kepada 10 kumpulan.

Bagi melancarkan prosiding, Imigresen menyediakan empat jurubahasa Mandarin.

Sebelum ini Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China serta menahan 680 warga China yang menjalankan operasi aktiviti berkenaan di Cyberjaya.

Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah siber membabitkan pelaburan haram. – Sinar Harian

Tags: ImigresenWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd