• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,740 Individu Muda Ditahan Kerana Rasuah Sejak 2014

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2,740 individu berumur 40 tahun ke bawah daripada 5,186 tangkapan yang dibuat sejak 2014 sehingga bulan lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, daripada keseluruhan 5,186 yang ditahan itu, seramai 2,428 atau 46.8 peratus adalah penjawat awam.

Bimbang dengan perkembangan tersebut, Shamshun Baharin mahu semua pihak mengambil langkah pencegahan yang wajar untuk menanganinya dan SPRM sedia membantu.

“Kita perlu tangani masalah ini kerana kita risau golongan muda banyak terbabit dengan rasuah,” katanya selepas melancarkan Pelan Antirasuah Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini hari ini.

Mengenai rasuah membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Shamshun Baharin berkata, SPRM menerima sebanyak 1,871 maklumat termasuk penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh 2014 hingga 12 Disember lalu.

Menurutnya, daripada maklumat yang diterima, sebanyak 126 kertas siasatan dibuka dan seramai 73 individu ditangkap sepanjang tempoh itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Shamshun Baharin memuji usaha MPT sebagai PBT pertama di negara ini melancarkan Pelan Antirasuah 2020 hingga 2024 dan menyifatkannya sebagai komitmen serta keinginan warga organisasi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan bebas rasuah.

“Elemen integriti dan anti rasuah tidak dapat dipisahkan dalam operasi harian mana-mana PBT supaya misi organisasi untuk menjadi penggerak berwibawa, dinamik dan berdaya saing dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPT, Borhan Abdul Halim berkata, Pelan Antirasuah MPT menumpukan kepada empat bidang iaitu penguatkuasaan undang-undang, perolehan awam, tadbir urus organisasi dan perundangan.

Tags: golongan mudaPenjawat AwamrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd