• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Pelatih PUSPEN Gambang Bolos

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 13 pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di sini, melarikan diri daripada asrama pusat itu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kehilangan suspek yang berasal dari Terengganu, Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur itu hanya disedari pada 5.30 pagi tadi, apabila mereka tidak menghadiri pemeriksaan pagi.

Beliau berkata polis percaya mereka telah membuat persediaan rapi untuk melarikan diri sekitar pukul 2.00 pagi, berdasarkan penemuan papan polisterin tertera lakaran kedudukan asrama dan pagar, serta laluan untuk keluar dari pusat itu.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya mereka ini diketuai pelatih bernama Ahmad Asmani Rosdi yang dihantar ke PUSPEN Gambang pada 18 September lalu yang bertindak sebagai perancang utama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata semasa kejadian, difahamkan terdapat tujuh anggota polis bantuan yang bertugas mengawasi 167 pelatih berumur di antara 18 dan 25 tahun.

Mereka yang melarikan diri ialah Ahmad Asmani, 21; Mohd Faiz Aizat Zulkifli, 23; Muhammad Shafiq Ikmal Abdullah, 22; Muhammad Hazuraidi Hashim, 24; Mohd Arif Asyraf Sudin, 23; Muhamad Shafiq Adha Ali, 23, dan Mohamad Sharizal Norizan, 25.

Turut terlibat ialah Muhammad Shahrul Nizam Pauzi, 21; Muhammad Zaharul Haffiz Mohd Harun, 24; Mohamad Aliff Norazlie, 23; Muhammad Ridzuan Abdullah, 23; Muhammad Amirul Shazwan Mohd Zain, 19 dan Muhammad Fathi Syahmi Zakaria, 20.

Mohamad Noor berkata operasi mengesan pelatih berkenaan dijalankan dengan bantuan pihak PUSPEN Gambang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melibatkan kawasan ladang sawit dan kawasan perumahan berhampiran serta laluan keluar masuk ke Kuantan dan terminal pengangkutan awam.

“Kita berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai pelatih berkenaan dapat membantu dengan menghubungi polis,” katanya.

Tags: AADKpelatih lelakiPuspen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kami Bukan Tunggul” – Anak Usman Awang

Next Post

Waktu Solat Subuh Di Johor Ditambah 8 Minit Bermula Januari

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

Next Post

Waktu Solat Subuh Di Johor Ditambah 8 Minit Bermula Januari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd