• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pekerja Kilang Kimia Melecur Akibat Kebakaran

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua belas pekerja sebuah kilang kimia di Jalan Nibong 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, melecur dalam kejadian kebakaran di kilang berkenaan pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Ismail Dollah berkata kebakaran yang berlaku antara 9.21 pagi dan 9.27 pagi itu, bagaimanapun, berjaya dipadam sepenuhnya oleh Unit Kebakaran Lotte Chemical Titan (M) Sdn. Bhd.

“Kejadian menyebabkan 12 pekerja melecur pada bahagian badan.

“Dua daripadanya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, manakala 4 lagi di Hospital Penawar, Pasir Gudang. Enam yang lain hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Penawar, Pasir Gudang,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Ismail berkata punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Yahya Madis mengesahkan tindakan pemadaman kebakaran itu dilakukan pihak Pasukan Respons Kecemasan (ERT) kilang tanpa menghubungi bomba.

“Yang terbakar adalah tong solvent di luar kilang dan tidak melibatkan struktur kilang,” katanya.

Tags: kebakaranKilang Kimiamelecur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jihan Rangkul Anugerah Persembahan Komedi Terbaik

Next Post

PAU 2019 Lebih Sederhana, Tidak Ekstrem

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

PAU 2019 Lebih Sederhana, Tidak Ekstrem

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd