• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Sistem ‘Fact Checker’ Kekang Berita Palsu

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan portal berita untuk mewujudkan sistem “fact checker” bagi menentukan kesahihan sumber berita sebagai langkah mengekang penyebaran berita palsu.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, peranan menghalang penyebaran berita palsu bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, tetapi semua pihak yang terlibat dalam proses pengeluaran dan penularan berita termasuk di media sosial.

“Setiap portal, kalau boleh, perlu ada ‘fact checker’ supaya kalau kita melayari satu portal dan tidak pasti (kesahihannya), maka kita boleh siasat kesahihan berita tersebut dan daripada mana sumbernya.

“Perkara ini masih dalam perancangan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) mengenai usaha kerajaan mengurangkan lambakan berita palsu di laman sosial.

Beliau berkata, aduan awam tentang kandungan berita palsu yang diterima oleh kementerian juga meningkat sebanyak 55 peratus, iaitu daripada 340 kes pada 2018 kepada 527 kes hanya dalam tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Menjawab soalan asal Nik Mohamad Abduh berhubung sejauh mana laman web Sebenarnya.my diakses rakyat di negara ini bagi mengesahkan sesuatu isu, Gobind berkata, portal yang diwujudkan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Mac 2017 itu memberi impak positif dari segi membantu menangani masalah penularan maklumat serta berita yang tidak sahih atau palsu dalam talian.

Tags: berita palsuGobind Singh DeoKKMMportal berita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd