• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Ditikam Anak Sendiri

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa Sefiah Hamid, 62, dipercayai ditikam suspek berusia 38 tahun yang tidak bekerja itu antara jam 8.30 hingga 10.30 pagi di ruang tamu rumah mereka.

“Suspek kemudiannya dipercayai menolak jenazah mangsa yang diletakkan di atas kerusi roda sejauh 50 meter sehingga menyebabkan orang ramai menyedari kejadian tersebut dan terus menghubungi polis.

“Siasatan awal mendapati mangsa hanya tinggal berdua dengan suspek semasa kejadian berlaku dan difahamkan mangsa pernah mengalami masalah patah tulang belakang menyebabkan dia tidak boleh bergerak,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Noor berkata suspek juga dipercayai telah menikam adik perempuannya di bahagian belakang badan dan rakan lelaki adiknya di bahagian lengan yang secara kebetulan melalui lokasi tempat suspek berhenti bersama-sama jenazah ibunya.

Mohamad Noor juga mengesahkan suspek yang mempunyai rekod rawatan psikiatri telah ditangkap oleh orang awam yang melihat dia menikam dua lagi mangsa, sebelum diserahkan kepada polis dalam keadaan tangan dan kaki berikat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan dua lagi mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Mohamad Noor seterusnya menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video dan gambar kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan dan mengaibkan serta menjatuhkan moral keluarga mangsa.

Tags: maut ditikammengamukpolistikam ibu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd