• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Sagu Hati Nelayan Tanjung Piai Akan Diselesai Segera

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan bekerjasama dengan kerajaan Johor bagi memastikan isu wang sagu hati yang diperkatakan nelayan di Tanjung Piai mendapat perhatian sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau sendiri akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Dr. Saharuddin Jamal berhubung kaedah terbaik menyelesaikan isu wang sagu hati tersebut.

“Itu yang dijanjikan kerajaan dulu (Barisan Nasional) di bawah Tabung Yayasan Nelayan Johor.

“Kita kena semak sama ada tabung itu wujud lagi atau tidak lagi kerana itu di bawah kerajaan negeri dulu. Jadi, kita kena tengoklah duit itu ke mana, ada lagi atau tidak duit itu,” katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan ‘walkabout’ di Pasar Pagi Serkat, di sini pagi tadi.

Semalam Sinar Harian melaporkan lebih 800 nelayan Parlimen Tanjung Piai kecewa dengan penangguhan bantuan sagu hati RM1,000 dijanjikan kerajaan Johor sejak 2016.

Wang sagu hati nelayan merupakan pemberian kerajaan Johor di bawah BN ketika Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memegang jawatan Menteri Besar dengan jumlah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

Pemberian wang sagu hati kepada nelayan, penternak kupang dan ikan sangkar di Johor Selatan yang terjejas akibat penambakan laut dan hakisan merangkumi Parlimen Johor Baharu, Tebrau, Pulai, Gelang Patah dan Tanjung Piai.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata, kementeriannya juga telah menyediakan peruntukkan tambahan yang akan disampaikan dalam bentuk bantuan kepada nelayan.

“Hari ini saya akan bertemu dengan Dr. Sahrudddin bagi melihat bagaimana MOA dapat bantu kerajaan negeri tunaikan harapan nelayan tentang wang sagu hati ini,” katanya.

Salahuddin berkata pihaknya akan meminta Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan mendapatkan senarai nelayan yang layak terima bantuan dan sagu hati khususnya di Tanjung Piai.

“Saya pasti mereka akan diberikan pampasan itu, banyak atau sedikit, ia bergantung kepada jumlah yang akan ditentukan nanti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: MOANelayanPRK Tanjung PiaiSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bon Samurai Kedua Tidak Bebankan Kerajaan

Next Post

MoU Mara Corp, Lynas Malaysia Tidak Dilulus Mara

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

MoU Mara Corp, Lynas Malaysia Tidak Dilulus Mara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd