• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMMAH Kemuka Usul Kecam, Haramkan LTTE

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menuntut Dewan Rakyat membahaskan usul mengutuk dan mengesahkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai pengganas dan gerakan haram.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya, berkata Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang perlu membangkitkan isu ini bagi menegaskan pendirian pemimpin politik negara untuk menolak LTTE.

Beliau menjelaskan, tuntutan itu berikutan ada individu dan pemimpin politik yang dilihat cuba mempertahankan gerakan LTTE, khususnya selepas 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyokong kumpulan pengganas itu.

“Kita minta Ahli Parlimen untuk bangkitkan isu ini dalam Parlimen, biar diwarta dan disahkan dalam Parlimen bahawa LTTE adalah gerakan haram yang perlu diambil tindakan secepat mungkin.

“Kita harap bukti dimiliki polis cukup untuk menangkap dan memenjarakan mereka selama mungkin, biar penyokong LTTE ini tidak lagi menghasut rakyat, kononnya mereka nak tuntut kebebasan. Ini bukan kebebasan, ini menjahanamkan negara.

“Jika tiada tindakan tegas daripada kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya, kita tidak tolak kemungkinan mengajak rakyat berhimpun.

“Kita juga harap Peguam Negara (AG) jangan campur tangan dalam isu LTTE ini atau kami berarak sekali lagi ke pejabat AG,” katanya kepada pemberita di hadapan pintu masuk Parlimen, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 40 wakil UMMAH dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) berhimpun di susur masuk ke Parlimen untuk menghantar memorandum ‘Selamatkan Malaysia Daripada Pengganas’ kepada wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Ketua Whip Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul menerima memorandum itu bagi pihak kerajaan, manakala Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi pihak pembangkang.

Semua 12 individu termasuk dua ADUN DAP didakwa di mahkamah pada 31 Oktober lalu, selepas ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kerana dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.

LTTE adalah organisasi militan diasaskan Velupillai Prabhakaran, yang tersenarai sebagai kumpulan pengganas di lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Sri Lanka dan India.

Malaysia mengklasifikasikan LTTE sebagai kumpulan pengganas pada 2014. – BH Online

Tags: ADUN DAPLTTEpengganasUmmah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MoU Mara Corp, Lynas Malaysia Tidak Dilulus Mara

Next Post

LTTE: Malaysia Ada Undang-Undang, Senarai Sendiri

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

Next Post

LTTE: Malaysia Ada Undang-Undang, Senarai Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd