• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UIAM Perlu Peka Kedudukan Keris Dalam Kalangan Orang Melayu

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tokoh dan aktivis budaya di negeri ini mengesa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar mengambil serius teguran bekas Presidennya Tan Sri Dr. Rais Yatim tentang tindakan universiti itu mengalihkan monumen keris di pintu masuk universiti tersebut.

Tokoh dan aktivis yang ditemubual Bernama itu mengesa agar universiti itu lebih peka dengan kedudukan keris dalam kalangan masyarakat terutama orang Melayu di negara ini dan menyifatkan teguran Rais itu bernas berdasarkan kedudukan keris sebagai simbol kekuatan jati diri rakyat Malaysia.

Tokoh budaya Prof. Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata disebabkan mendapat tempat yang istimewa dalam hati masyarakat, UIAM sewajarnya meletakkan monumen keris itu di tempat yang tidak menyebabkan masyarakat tersinggung dan perlu mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu tersebut.

Beliau yang disenarai sebagai salah seorang tokoh oleh Arkib Negara Malaysia dan Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Media Massa ‘Media Pemangkin Kemerdekaan’ berkata beliau difahamkan UIAM akan meletakkan monumen itu ke tempat yang sesuai namun beliau belum diberitahu lokasinya.

“Letakkan keris itu di tempat tidak menghina maruah kerana ianya adalah simbol jati diri bagi rakyat Malaysia. Jangan sekali-kali buang keris kerana ianya adalah satu penghinaan, namun dalam isu ini saya yakin bahawa pihak UIAM peka dan faham akan perkara ini.

“Dahulu keris melambangkan kuasa bagi raja Melayu dan simbol kepada arahan dari Istana, bagi rakyat biasa keris adalah jati diri bagi orang Melayu itu sendiri yang digunakan untuk mempertahankan diri dan cara ianya digunakan adalah secara individu satu lawan satu dan bukan berkumpulan,” katanya kepada Bernama.

Pada Sabtu, sebuah portal berita menyuarakan luahan Rais tentang tindakan universiti itu mengalihkan monumen keris dan rehal yang mencerminkan keperwiraan dan al-Kitab disumbangkan oleh Yayasan Albukhary pada 2014 dengan kos RM1.5 juta.

Turut berkongsi pendapat, aktivis sosio-budaya Dr. Huzaifah Hashim berkata adalah lebih baik sekiranya pihak pengurusan universiti terbabit mengekalkan monumen keris kerana ianya adalah simbol bagi orang Melayu selain daripada objek Al-Quran dan Tanjak.

“Menjadi hak pihak pengurusan universiti untuk mengalihkan monumen keris tetapi objek yang digantikan nanti harus berkaitan dengan simbol bagi orang Melayu dan agama Islam, namun ianya terserah kepada keputusaan pihak universiti itu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Umum, Pusat Warisan Dan Kebudayaan Melayu (Perantara) berkata pihak universiti perlu mengambil kira tentang sensitiviti dan makna objek baharu itu kepada rakyat Malaysia.

Tags: kerisOrang Melayutokoh budayaUIAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

19/11/2022
0

KITA faham mungkin ada di kalangan orang Melayu ada ketidakpuasan hati dengan individu tertentu dalam BN/UMNO. Namun, mengundi untuk memilih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd