• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Tak Pernah Desak Lepas Jawatan – Prabakaran

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Desakan 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang meminta P Prabakaran melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Batu diterima secara positif oleh pemimpin muda itu.

Prabakaran berkata, laporan desakan untuk memberi laluan kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu tidak menjejaskan tugas sehariannya sebagai Ahli Parlimen Batu.

Menurutnya, isu peletakan jawatan dan peralihan kuasa itu tidak pernah dibincangkan bersama Tian Chua.

“Tian Chua terkenal sebagai seorang aktivis yang aktif sejak permulaan semangat reformasi. Beliau tidak pernah mendesak saya dalam apa jua isu dan tidak pernah berunding secara terus dengan saya mengenai tugasan.

“Beliau juga tidak pernah meminta saya melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen selepas pilihan raya ataupun selepas keputusan mahkamah yang menyebelahinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya cuba mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada beberapa NGO terlibat susulan penularan berita itu.

“Ada nama NGO yang disenarai pernah saya bantu secara langsung, ada juga NGO yang disenarai memaklumkan kenyataan yang dikeluarkan itu adalah pandangan individu dan tidak mewakili NGO terlibat.

“Saya berinteraksi dengan pengundi saya setiap hari, mereka memang inginkan seorang pemuda yang bersemangat untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka lalui selama ini,” katanya.

Katanya, beliau tekad memberikan penyelesaian terbaik dalam beberapa isu yang sedang ditumpukan sekarang.

“Masalah mereka sedang saya selesaikan secara beransur-ansur. Saya ingin menyumbangkan tenaga dan usaha untuk kebaikan parti serta merealisasikan agenda reformasi

“Saya akan berkhidmat untuk rakyat secara telus dan adil tanpa melepaskan mereka di pertengahan jalan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan desakan 14 NGO yang meminta Prabakaran melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu selama dua penggal bertanding dalam PRK.

Ia susulan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu memutuskan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah. – Sinar Harian

Tags: Ahli Parlimen PKRP.PrabakaranTian Chua
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa seorang Menteri Besar yang kehilangan sokongan majoriti ADUN sepatutnya meletakkan...

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd