• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRC: Keputusan Sama Ada Najib Dipanggil Bela Diri Diumum Pagi Ini

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijadual mengumumkan keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn. Bhd. (SRC)

Keputusan berkenaan dijangka akan diumumkan pada jam 10 pagi ini.

Najib tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 8.50 pagi tadi disambut lebih 100 penyokongnya bagi mengikuti prosiding keputusan kes.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu mengambil masa selama 58 hari di peringkat kes pendakwaan bermula 3 April lalu yang melibatkan keterangan 57 saksi dengan 750 barang kes dikemukakan.

Sekiranya Najib diperintah membela diri, mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan di peringkat pembelaan selama 10 hari bermula 3 dan 4 Disember, sebelum bersambung pada 9 hingga 12 Disember dan diteruskan pada 16 hingga 19 Disember ini.

Terdapat tiga pilihan membela diri iaitu pertama, memberi keterangan bersumpah di tempat duduk saksi, yang mana tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Kedua, keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh (memberi keterangan dari kandang tertuduh).

Ketiga, berdiam diri (jika memilih untuk berdiam diri), mahkamah tiada pilihan melainkan mensabitkan tertuduh.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan barisan peguam bela diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib, 66, merupakan Perdana Menteri pertama di negara ini yang menghadapi pertuduhan di mahkamah. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd