• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Yakin Polis Patuhi Nasihat Peguam Negara

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin polis akan mematuhi nasihat Peguam Negara berhubung keperluan permit polis bagi tujuan kempen pilihan raya dari rumah ke rumah dan secara bergerak.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun menyifatkan ia adalah nasihat undang-undang yang amat baik daripada pihak Peguam Negara.

“Saya mengalu-alukan nasihat itu. Sebagai penasihat undang-undang ulung kepada kerajaan, saya percaya polis tentunya akan mematuhi nasihat itu,” katanya kepada BH.

Azhar Azizan turut menegaskan peruntukan dalam Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah dalam bidang kuasa polis, bukan SPR.

Beliau berkata, dakwaan pembangkang kononnya SPR sengaja membangkitkan keperluan mendapatkan permit polis untuk kempen dari rumah ke rumah adalah tidak benar.

“Peraturan itu ditetapkan oleh polis. Saya takkan buat perkara di luar bidang kuasa SPR tetapi pembangkang mendakwa saya yang perkenalkan,” katanya.

Azhar Azizan diminta mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, supaya kontroversi berhubung permit polis bagi tujuan kempen dari rumah ke rumah dan secara bergerak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, diperjelaskan.

Ini kerana, katanya, peruntukan mengenai keperluan permit itu yang dinyatakan mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya adalah tidak jelas.

“Dalam hal ini, peruntukan ini tidak secara jelas merujuk kepada kempen bergerak mahupun kempen dari pintu ke pintu.

“Hakikatnya sejarah membuktikan bahawa kaedah untuk meraih pengundi ini adalah paling popular digunakan calon daripada semua parti politik dan tanpa perlu untuk mendapatkan permit sedemikian, sejak 1955.

“Sebanyak 14 Pilihan Raya Umum, selain ratusan PRK sudah diadakan bagi membolehkan pengundi memilih Ahli Parlimen dan wakil rakyat mereka,” kata Tommy. – BH Online

Tags: kempen rumah ke rumahPeguam Negarapermit polisPRK Tanjung PiaiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd