• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOSMA Penting Pastikan Keselamatan Negara Terjamin

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Malaysia masih memerlukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, akta itu diperlukan bagi mengekang sebarang aktiviti keganasan yang boleh boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman negara.

“Banyak isu keselamatan yang terlibat berkaitan SOSMA dan bukan sahaja aktiviti keselamatan seperti kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan Islamic State (IS),” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan ahli keluarga tahanan SOSMA yang mahu akta itu dimansuhkan.

Terbaharu, ahli keluarga tahanan SOSMA berhimpun di luar Parlimen dan menyerahkan memorandum supaya undang-undang yang dikatakan kejam itu segera dimansuhkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang turut hadir bersama kumpulan itu berjanji akan membangkitkan desakan mereka pada mesyuarat kabinet hari ini supaya tindakan segera dapat diambil.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan penggunaan SOSMA adalah perlu atas faktor keselamatan.

Beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa pihak polis terpaksa menggunakan akta terbabit kerana keadaan adalah berbeza.

Tags: Islamic StateLTTEMahathir MohamadSOSMA
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd