• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong LTTE, Kes Disebut Semula 12 Disember

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula kes dua lelaki yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar keganasan.

S Arivainthan, 27, dan V Balamurugan, 37, didakwa pada 29 Oktober lalu atas pertuduhan memberi sokongan, memiliki dan mempamerkan item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE.

Pada sebutan semula hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutanti Khalil, memohon Hakim Rohaida Ishak memberikan masa untuk siasatan dilengkapkan dalam masa sebulan setengah memandangkan laporan SKMM dan pakar forensik belum diperoleh.

Perkara itu dibantah peguam Matthews Jude yang mewakili kedua-dua tertuduh dan memohon kes disebut semula minggu depan.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan esok sebagai tarikh memutuskan isu jaminan terhadap semua tertuduh dalam kes itu.

Terdahulu, Matthews memohon mahkamah memanggil dua pegawai penyiasat bagi meminta penjelasan mengenai kedua-dua laporan yang belum diperoleh itu.

Mereka yang dipanggil kemudiannya memberitahu mahkamah, butiran meminta laporan daripada SKMM dan pakar keganasan sudah dihantar pada 30 Oktober lalu.

Namun, mereka dimaklumkan SKMM memerlukan masa enam bulan hingga 12 bulan untuk melengkapkan laporan itu.

Matthews memberitahu mahkamah tempoh enam bulan hingga 12 bulan itu terlalu lama untuk anak guamnya yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Rohaida kemudian menetapkan 12 Disember ini sebagai sebutan semula kes dan membenarkan ahli keluarga bertemu dengan kedua-dua tertuduh dalam mahkamah.

Arivainthan yang bekerja sebagai juruteknik, didakwa atas pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE di dalam satu majlis di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Cawangan Sungai Siput (U), jam 6.30 petang hingga 11.45 malam, pada 28 Disember 2014.

Balamurugan yang juga pemandu teksi pula dituduh memberi sokongan pada kumpulan pengganas yang sama pada tarikh, waktu dan tempat sama dengan Arivainthan serta didakwa mengikut seksyen sama.

Balamurugan turut berdepan tiga pertuduhan lain iaitu memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan LTTE dalam sebuah telefon bimbit pada 10 Oktober 2019, di perkarangan Stesen Teksi Sungai Siput (U), Kuala Kangsar, jam 9.40 pagi.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan (KK) dan 130JB (1)(a) KK.

Tags: LTTEpengganasSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MoU Dengan China Tak Libat Aktiviti Melombong Nadir Bumi

Next Post

Kerajaan Tak Buat Pinjaman Bayar Gaji Penjawat Awam

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

Next Post

Kerajaan Tak Buat Pinjaman Bayar Gaji Penjawat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd