• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siew Sin Tak Macam Guan Eng – Najib

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Datuk Seri Najib Razak membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila membuat kenyatan kononnya beliau menghalang orang Cina daripada menjadi menteri kewangan.

Bekas perdana menteri berkata, serangan terbaharu Menteri Kewangan itu tidak benar kerana fakta yang diberikan adalah salah.

Menurut Najib, dalam ucapannya semalam ketika berceramah di Kampung Sawah, beliau hanya menujukan perkara itu kepada Guan Eng seorang dan bukan kepada orang Cina selepas merujuk kenyataannya sebelum ini apabila mengatakan bahawa penyatuan antara PAS dan UMNO akan menyebabkan berlakunya perang.

“Dia (Guan Eng) nak kata saya tak bagi orang Cina dilantik sebagai menteri kewangan. Itu tak betul. Saya kata tengoklah macam bekas menteri kewangan Tanah Melayu dan Malaysia, Tun San Siew Sin.

“Siew Sin tak macam Guan Eng, dia tak pernah cakap penyatuan PAS dan UMNO akan menyebabkan perang,” katanya ketika berceramah pada malam akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Penerok malam ini.

Najib yang juga Penasihat Barisan Nasional menegaskan, prinsip Muafakat Nasional yang sedang dijalin antara PAS, UMNO, MCA dan MIC merupakan satu perkara yang sangat indah demi menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

Ujarnya, masyarakat Islam dan bukan Islam wajib menyokong langkah itu demi menjaga kebajikan bersama.

Tambah Najib, Guan Eng telah tersilap membuat serangan terbaru ke atas dirinya dan perkara tersebut jelas membuktikan bahawa Ahli Parlimen Bagan itu suka membuat tuduhan tanpa usul periksa. – MalaysiaGazette

Tags: Lim Guan Engmenteri kewanganNajib Tun Razaksan siew sin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd