• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh Lagi Akibat Tak Cukup Korum

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan lebih dua minit kerana tidak cukup korum.

Ketika sesi sidang yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi, dihentikan apabila Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) bangun menggunakan peraturan mesyuarat membangkitkan mengenai mesyuarat tidak cukup korum kerana hanya 24 wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang berada di dalam dewan.

Jumlah minimum membolehkan dewan dimulakan ialah 26 orang.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof kemudian mengarahkan loceng dibunyikan kali kedua selama satu minit.

“Kira semula, kena ada 26, hanya 24 orang, sila bunyi loceng,” katanya.

Selepas beberapa minit dewan ditanguhkan, speaker kemudian meneruskan persidangan selepas kiraan semula dibuat mendapati jumlah wakil rakyat hadir 28 dan persidangan boleh diteruskan.

Sidang bermula dengan pertanyaan Hassan Bahrom (Amanah-Tampin) yang meminta menteri pelancongan seni dan kebudayaan menyatakan apakah usaha kementerian dalam mempromosikan budaya masyarakat Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai fokus di peringkat antarabangsa.

Sidang Parlimen kali ini, merupakan mesyuarat ketiga penggal kedua di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Isu tidak cukup korum di Dewan Rakyat bukan pertama kali berlaku memandangkan perkara sama terjadi sebelum ini.

Julai lalu speaker pernah menanguhkan dewan selama 10 minit kerana tidak cukup korum sehari selepas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tidak puas hati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri di Dewan Rakyat.

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd