• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Separuh Penerima Kompaun Dana 1MDB Beri Maklum Balas

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Separuh daripada 80 penerima kompaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM420 juta telah memberi maklum balas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, daripada jumlah itu, ada individu yang ingin membuat bayaran balik, namun tidak mampu membayar mengikut amaun ditetapkan SPRM.

“Ada juga yang mengatakan mereka bukan penerima akhir dana tersebut dan bersedia memberi kerjasama untuk mendedahkan penerima akhir kepada kami,” katanya.

Menurutnya, SPRM akan meneruskan siasatan sehingga penerima akhir dana 1MDB dapat dikenal pasti.

“Biar kami buat siasatan lanjut sebab SPRM membuka kertas siasatan terhadap kesemua penerima kompaun,” katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Apresiasi Media-SPRM di sini hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Latheefa mendedahkan antara individu yang menerima notis kompaun itu adalah adik bekas Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Jumlah keseluruhan dana tersebut adalah RM420 juta dengan purata individu terbabit menerima wang serendah RM500,000 sehingga RM25 juta, sementara entiti terlibat menerima wang sehingga RM134 juta.

Sementara itu, mengulas perkembangan terkini mengenai pembolosan sempadan akibat amalan rasuah, Latheefa berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada sumber yang mengatakan ada kes yang sama berlaku.

“Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk tampil beri maklumat,” katanya.

Pada 18 Oktober, SPRM mendedahkan pihaknya mempunyai ribuan klip video yang memaparkan kerancakan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand dipercayai berpunca daripada rasuah.

Tags: dana 1mdbLatheefa KoyaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd