• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamat Jalan Proton, Perodua Jika Malaysia Terima CPTPP

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundram menggesa kerajaan tidak berbuat apa-apa dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) supaya ia tidak akan berkuatkuasa.

Bercakap kepada pemberita di luar ulang tahun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ke-70, Jomo berkata, ratifikasi pakatan perdagangan akan menimbulkan lebih banyak masalah berbanding manfaat tawaran.

Beliau berkata, terdapat banyak “propaganda” palsu berhubung ratifikasi CPTPP termasuk dakwaan kelembapan pertumbuhan ekonomi tanpa perjanjian itu, lapor FMT.

“Ia tidak benar. Memang benar jika anda mengesahkan CPTPP, eksport akan meningkat sedikit tetapi import akan meningkat lebih tinggi,“ katanya.

Beliau berkata, satu kajian oleh ahli ekonomi perdagangan, Rashmi Banga yang bertajuk “Implikasi CPTPP untuk Perdagangan Barangan Perdagangan Malaysia”, sebagai contoh, menganggarkan import kereta Jepun akan meningkat dan berlambak dalam pasaran.

“Proton dan Perodua boleh mengucapkan selamat tinggal,” katanya.

Jomo berkata, import sisa plastik juga akan meningkat seperti Jepun, Australia dan Singapura, tiga negara sumber terbesar sisa plastik di Malaysia, adalah sebahagian daripada CPTPP.

Pentadbiran terdahulu, katanya, telah mengeluarkan lebih daripada 160 lesen pemprosesan sisa plastik tetapi sebahagian besar sisa itu berakhir di tapak pelupusan sampah.

Beliau mengambil contoh racun rumpai yang paling banyak digunakan di Malaysia, yang mana kedua-duanya adalah karsinogenik.

Sekiranya kerajaan meratifikasi CPTPP dan mengharamkan kedua-dua racun rumpai kerana dikesan penyebab kanser, kerajaan boleh didakwa oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan rumpai, katanya.

Beliau mengakui terdapat banyak maklumat yang salah daripada pihak yang pro dan anti-CPTPP tetapi maklumat salah nyata yang paling besar sekali adalah daripada pihak yang mahukan perjanjian perdagangan itu.

Jomo berkata, meratifikasikan CPTPP akan menimbulkan masalah, manakala menolak ratifikasi mungkin menyebabkan Malaysia dilihat sebagai penentang oleh beberapa negara lain dalam perjanjian perdagangan.

“Kita perlu lebih neutral. Tidak berbuat apa-apa. Kerana jika anda setuju untuk menandatangani, tanpa ratifikasi ia bermakna tidak ada apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Putrajaya belum memutuskan sama ada untuk menerima CPTPP yang merupakan perjanjian perdagangan dua hala membabitkan 11 negara. – MalaysiaGazette

Tags: CPTPPJomo Kwame SundaramPeroduaProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd