• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PU Syed, Datang Jumpa Saya” – Nabila

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda, mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU) Syed menegur perlakuannya secara terbuka di media sosial, sedangkan dia boleh berdepan untuk menasihati kesilapannya.

Nabila dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi Instagram, semalam, berkata PU Syed juga tidak sepatutnya menganggap, tindakannya bergambar dengan anjing jenis Husky ketika bercuti di New Zealand, baru-baru ini seperti sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti.

“Dia tahu di mana boleh berjumpa saya, tetapi mengapa perlu membuat teguran secara terbuka di laman sosial? Untuk apa dia berbuat begitu? Untuk popular?

“Adakah sudah menjadi aliran sekarang, apabila timbul sesuatu isu, semua orang perlu diberitahu. Tidak perlu membuat kenyataan di laman sosial untuk semua orang baca.

“Cara itu seolah-olah menampakkan saya ini jahat. Ia juga boleh menimbulkan fitnah apabila mengheret orang lain sama dalam masalah itu. Kenapa perlu ada macam ini?

“Kalau betul ikhlas nak menegur, datang dan nasihat saya secara berdepan,” katanya.

Pelakon Munafik itu berkata, dia juga terkilan apabila PU Syed seolah-olah melihat golongan selebriti sebagai kelompok manusia yang membawa pengaruh tidak baik kepada masyarakat.

“Dia ada membuat kenyataan, perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti. Saya mahu tahu, perbuatan apa? Cara dia bercakap seolah-olah selebriti selalu membuat masalah.

“Saya paling pantang apabila selebriti membuat kesilapan, semua selebriti lain akan terpalit sama. Selebriti itu bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke?

“Saya tahu, saya juga banyak dosa dan bukan baik sangat. Kalau PU Syed rasa perbuatan saya itu salah, jangan buat.

“Saya bukan mahu mencari kontroversi, sebaliknya cuma berkongsi keseronokan ketika bercuti dan bukan bertujuan mempengaruhi orang lain berbuat perkara tidak baik,” katanya.

Nabila berkata, orang luar tidak sewajarnya menggunakan alasan memberikan teguran untuk menegakkan perbuatan mereka dengan sewenang-wenangnya menghukum orang lain.

“Berhenti menggunakan media sosial untuk menjatuhkan orang lain. Itu sudah dikira berdosa kerana ia mengundang pelbagai andaian negatif orang lain terhadap saya,” katanya.

Sementara itu, PU Syed menerusi muat naik di Instagram berkata, jika sesuatu perkara boleh mengundang aib, lebih baik muat naik yang dibuat dibuang supaya tidak mendatangkan fitnah kepada diri dan agama.

“Kami menegur bukan kerana mahu popular, tetapi ia tanggungjawab. Kalau popular yang dicari, lebih baik kami mengampu sahaja,” katanya. – BH Online

Tags: anjingNabila HudaPU Syed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Perintis Bike-Hailing Bermula Januari Depan

Next Post

Berjasa Dakwa PAS, UMNO Tak Panggil Bincang Letak Calon

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

28/04/2024
0

Manjung : Anjing yang mengejar seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya nyaris digilis kenderaan di di Jalan Haji Mohamad Ali, dekat...

Next Post

Berjasa Dakwa PAS, UMNO Tak Panggil Bincang Letak Calon

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd