• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prabakaran Diminta Letak Jawatan Beri Laluan Tian Chua

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua bertanding semula di kawasan berkenaan.

Cadangan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu, yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya.

Wakil Gabungan NGO Parlimen Batu, Mohd Helmie Mohamad Arof, berkata pada PRU-14, Tian Chua dan PKR memberikan perakuan dan sokongan kepada Prabakaran yang bertanding sebagai calon Bebas.

Katanya, hasil sokongan dan dokongan itu, serta bantuan jentera pilihan raya yang kuat, Prabakaran menang dengan majoriti besar.

“Dengan keputusan mahkamah ini, kami merasakan adalah wajar hak dan peluang diberi kepada Tian Chua untuk kembali mewakili pengundi di Parlimen Batu.

“Prabakaran seharusnya meletakkan jawatan dengan segera dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Parlimen Batu agar Tian Chua kembali berkhidmat apabila menang nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Helmie berkata, khidmat Tian Chua yang pernah menjadi Ahli Parlimen Batu selama dua penggal, amat diperlukan.

“Beliau menunjukkan rekod perkhidmatan cemerlang walaupun ketika menjadi Ahli Parlimen pembangkang yang serba-serbi kekurangan,” katanya.

Empat belas NGO mengusulkan cadangan berkenaan ialah Pertubuhan Sinar Muafakat, Pertubuhan Tunas Muafakat, Persatuan Bomba Sukarela Cawangan Batu, Pergerakan Pemuda Malaysia Cawangan Batu, Persatuan Permuafakatan Kebajikan Batu dan Persatuan Penganut Tokong Kim Yin.

Persatuan Penduduk Taman Sentul Jaya, Persatuan Orang Kurang Upaya Sentul, Persatuan Penduduk PPR Taman Beringin, Kelab Belia Sri Perak, Persatuan Anak Melayu Sentul, Kelab Ukhwah Insaniah Sentul, Persatuan Belia Melayu Bersatu dan Kelab Ukhwah Insaniah Sentul. – BH Online

Tags: Ahli Parlimen PKRP.PrabakaranTian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

05/11/2022
0

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd