• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Rugi RM35.4 Juta

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatkan perolehan sebanyak RM550 juta, menyusut 6.6 peratus pada suku kedua berakhir 30 September 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penyusutan itu didorong terutamanya prestasi rendah perkhidmatan pos, kurier dan penerbangan yang telah mengakibatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM35.4 juta berbanding kerugian RM19 juta dicatatkan tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Syed Najib Md Noor berkata, kerugian tersebut disebabkan oleh penurunan berterusan jumlah mel sebanyak 14 peratus berbanding tahun lepas di samping peningkatan kos yang terpaksa ditanggung syarikat susulan pematuhan Obligasi Perkhidmatan Universal (USO) bagi memenuhi permintaan akibat peningkatan pertumbuhan alamat di seluruh negara.

“Perubahan pada landskap pos global telah menyebabkan kami terpaksa menyemak semula regulasi tarif pos daripada kerajaan yang dijangka dapat dilaksanakan pada awal tahun depan.

“Pos Malaysia kini melabur dalam Transformasi Digital termasuk meluaskan kapasitinya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pasaran e-dagang yang semakin tumbuh pesat.

“Jualan atas talian 9/9 baru-baru ini menyaksikan Pos Malaysia perlu menguruskan 800,000 bungkusan yang juga merupakan satu rekod baharu syarikat kurier kebangsaan.”

Dalam pada itu, Pusat Pembungkusan Bersepadu (IPC) kedua di KLIA yang telah dilancarkan pada April 2019 menyaksikan peningkatan 78 peratus daripada kapasitinya kepada 530,000 sehari berbanding 300,000 bungkusan sebelum ini.

Manakala sejumlah RM100 juta telah digunakan ke atas sistem terasnya bagi meningkatkan kepuasan pengguna yang menggunakan platform digital.

Tags: Pos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd