• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Lebih Masa, Libat Urus Isu RUU IPCMC

oleh
29/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – “Beri kami lagi masa dan ruang untuk libat urus dan berbincang mengenai isu yang dibangkitkan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.”

Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai cadanga pembentangan penambahbaikan RUU berkenaan di Dewan Rakyat minggu depan.

Abdul Hamid yang mengetuai 130,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata terdapat beberapa isu dibangkitkan dalam cadangan RUU itu tidak diberi perhatian yang ‘adil’.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan tidak terburu-buru membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen boleh melibat urus pemegang kepentingan dan mendengar pandangan yang dibangkitkan PDRM.

“Pada awalnya, saya mengalu-alukan IPCMC kerana saya percaya RUU itu bagus untuk negara kerana ia memberikan pendekatan menyeluruh dalam memantau PDRM tetapi akhir-akhir ini saya dapat lihat usaha untuk menyegerakan RUU itu di parlimen dengan banyak kekaburan dibangkitkan sendiri PDRM, adalah tidak bagus.

“Berikanlah masa untuk RUU itu diperhalusi dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan. Maka, akan ada undang-undang yang baik, adil untuk semua – kerajaan, rakyat dan PDRM apabila ia diluluskan parlimen,” katanya kepada BERNAMA di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN +3 berkaitan Jenayah Rentas Negara (AMMTC) ke-13, di sini hari ini.

RUU IPCMC 2019 dijangka dibentang di Dewan Rakyat minggu depan. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata cadangan penambahbaikan RUU itu dikemukakan kepada semua Ahli Parlimen.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Menimbang Rang Undang-Undang mengesyorkan 36 perubahan kepada RUU IPCMC.

Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk Persatuan Pegawai Kanan Polis menggesa kerajaan menangguhkan rancangan untuk membentangkan RUU itu minggu hadapan kerana pandangan mereka tidak diambil kira dan tiada perubahan dibuat.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau telah menulis surat kepada Jawankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum ini untuk membangkitkan kebimbangannya ke atas cadangan RUU itu.

Beliau berkata kebimbangan yang dibangkitkan itu adalah “amat munasabah”.

“Kesemua pandangan disenaraikan di dalam surat itu, ia tidak bermakna mereka perlu menerima semuanya tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh memberi penjelasan kepada kami.

“Saya berharap mereka dapat memberikan penjelasan yang baik mengapa pandangan tertentu diterima dan mengapa yang lain tidak.

“Saya tidak mahu sesuatu undang-undang yang diluluskan menjadi perkara dibahaskan di mahkamah kemudian. Itu membimbangkan saya. Saya tidak mahu RUU itu umpama rumah siap pahat berbunyi,” katanya.

Tags: Abdul Hamid BadorpolisRUU IPCMC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd