• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Sarawak Kecewa Azmin Dibatal Jadi Perasmi Kongres

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PKR Sarawak hari ini melahirkan rasa kecewa susulan pembatalan Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai perasmi Kongres Nasional Pemuda PKR bulan depan.

Ia berpendirian kesan daripada keputusan yang terburu-buru dalam membatalkan jemputan tersebut menyebabkan demokrasi dalam PKR dikuburkan secara terang-terangan.

“Adalah menjadi tradisi turun temurun dan konvensyen setiap parti politik di seluruh dunia bahawa timbalan presiden akan merasmikan kongres sayap parti politik dan PKR telah mengikuti tradisi ini sejak parti ditubuhkan.

“MPN Sarawak amat kecewa dengan pengkhianatan tradisi ini, walaupun diketahui majoriti dua per tiga pimpinan Pemuda PKR Pusat yang dipilih secara demokratik dalam pemilihan yang lalu menyatakan sokongan kepada timbalan presiden untuk merasmikan kongres nasional,” menurut kenyataan bersama pimpinan PKR Sarawak.

Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; timbalannya, Baharuddin Mokhsen; Naib Pengerusi I PKR Sarawak, Willie Mongin; Naib Pengerusi II PKR Sarawak, Nicholas Bawin Anggat; Naib Pengerusi III, Voon Shiak Ni; Ketua Wanita Negeri Nurhanim Mokhsen; Jawatankuasa Pilihanraya PKR Sarawak, See Chee How dan Naib Pengerusi PKR Pusat, Ali Biju.

Krisis dalaman pemuda PKR tercetus apabila Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir mengumumkan pembatalan jemputan ke atas Azmin walaupun majoriti pimpinan sayap Pemuda yang memenangani pemilihan bersetuju timbalan presidennya sebagai perasmi.

Kenyataan itu semakin panas apabila Azmin ketika mengulas soal tindakan Pemuda PKR membatalkan jemputan sebagai perasmi menyifatkan wujud tangan ghaib yang mendorong Akmal bertindak demikian.

Akmal kemudian menafikan tuduhan Azmin dengan mendakwa sikap Azmin tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik selama setahun serta sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan parti sebagai “tangan ghaib” yang merosakkan PKR.

Mengulas lanjut, PKR Sarawak mendesak campur tangan pucuk pimpinan pusat bagi menyelesaikan kemelut pertelagahan dalaman sayap pemuda parti.

“MPN Sarawak juga memutuskan, selagi isu ini belum diselesaikan secara adil dengan mengambil kira lunas-lunas demokrasi, maka Konvensyen PKR Negeri Sarawak yang dijadualkan pada 23 November 2019 di Miri, Sarawak adalah dibatalkan.

“Sekiranya krisis ini tidak ditangani dengan segera oleh pimpinan tertinggi, ianya akan mengakibatkan krisis dan perpecahan di dalam PKR.” – FMT

Tags: Kongres Nasional AMKMohamed Azmin AliPKR Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Bebas Hukuman BAFIA, Tidak Mahu Aktif Politik

Next Post

Veteran PKR Tegur Akmal Langgar Tradisi Rasmi Kongres

Related Posts

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

Pejuang Nafi Jemputan Sidang Akhbar Penyertaan Azmin

11/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Parti yang masih dalam proses pendaftaran, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan jemputan sidang akhbar berhubung penyertaan...

Next Post

Veteran PKR Tegur Akmal Langgar Tradisi Rasmi Kongres

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd