• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinda 1MDB: Pendakwaan Beri Isyarat Panggil Arul Sebagai Saksi

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bermula hari ini memberikan ‘kejutan’ ketika keterangan pembukaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Gopal Sri Ram bertindak sebagai Ketua Pendakwaan bagi prosiding itu juga adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Ketika memberikan keterangan pembukaan kes sebentar tadi, Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Ketua Pendakwaan memberi bayangan antara yang akan dipanggil bagi memberikan keterangan saksi ialah bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Kata Gopal Sri Ram, pihak pendakwaan akan membuat permohonan bertulis di bawah Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk memanggil Arul Kanda memberikan keterangan.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membuat pindaan dan akan dibicarakan bersama-sama.

Najib didakwa telah meminda laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sekitar tahun 2016 sementara Arul Kanda didakwa berperanan bersubahat melakukan perbuatan tersebut.

Peguam Arul Kanda, Datuk N Sivananthan dan ketua pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melahirkan rasa terkejut serta bantahan terhadap tindakan itu.

Kata Shafee, perkara itu bertentangan dengan perlembagaan dan pihaknya akan membuat huraian serta perincian terhadap dakwaan beliau pada masa yang sesuai kelak.

“Sebenarnya pada masa ini saya tidak boleh cakap apa-apa tentang perkara ini kerana penggunaan Seksyen 63 adalah bercanggah dengan perlembagaan,” ujar Shafee.

Manakala Sivanathan juga menyatakan perkara yang sama sambil mendedahkan sebelum ini peruntukan tersebut tidak pernah digunapakai.

Di bawah Seksyen 63 Akta SPRM menyatakan sekiranya ada dua atau lebih tertuduh untuk satu kesalahan, mahkamah dibenarkan atas permohonan bertulis oleh pendakwa raya untuk seorang atau lebih memberikan keterangan saksi bagi pihak pendakwaan.

Selain daripada Arul Kanda, antara nama penting lain yang akan dipanggil adalah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Audit, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Pihak pendakwaan juga akan memanggil bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin; mantan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah; bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Syukry Salleh dan Pengerusi The Edge, Tong Kooi Ong bersama-sama saksi lain dengan jangkaan sekurang-kurangnya 30 orang memberi keterangan. 

Perbicaraan ditetapkan bermula hari ini sehingga 29 November dan dari 13 hingga Januari tahun depan.

Tags: 1MDBArul Kandalaporan auditNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd