• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Zuza Jawab Isu Produk Bukan Muslim

oleh
03/11/2019
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT Onlyone Zuza Food Industries Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kubang Pasu, Jitra, Kedah bukan calang-calang syarikat pengeluar produk makanan bumiputera.

Mungkin ramai kurang menyedari syarikat yang telah mencecah usia 28 tahun ini bertanggungjawab mengedarkan lebih 16 produk makanan ke seluruh negara.

Antara produk produk utama Onlyone Zuza Food Industries Sdn. Bhd. termasuk Zuza Sos Lada Hitam dan Kuah Rojak Madu Zuza.

Rata-rata produknya mendapat sambutan baik di pasaran. Sebilangannya malah berjaya menembusi pasar raya besar dan ada juga yang dieksport ke luar negara.

Bagaimanapun sejak kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) berlegar di media sosial, segelintir pengguna mempersoalkan sama ada produk Zuza benar-benar produk keluaran muslim.

Ia ekoran produk jenama Zuza tidak didapati dihebahkan sebagai salah satu produk keluaran muslim menerusi kempen BMF yang sedang giat dipromosikan di media sosial.

Mynewshub yang berkesempatan menemu ramah pengasas Onlyone Zuza Food Industries Sdn. Bhd., Datuk Zubir Zabidi mendapatkan penjelasan isu tersebut.

Zubir dalam temu ramah itu memberi jaminan bahawa jenama Zuza yang diusahakannya sejak lebih 28 tahun lalu adalah 100 peratus milik Melayu Islam.

Beliau malah menegaskan 100 peratus pekerja pengeluaran produk Zuza Melayu beragama Islam, maka baginya persoalan jenama Zuza bukan keluaran muslim tidak patut timbul.

“Orang masukkan (produk muslim) dalam senarai BMF. Zuza tidak masuk dalam senarai. Zuza seolah-olah bukan produk muslim. Timbul juga cerita kononnya Zuza telah ditutup dan diambil alih oleh bukan Melayu.

“Saya berharap dengan penjelasan ini dapat menjawab pertanyaan sama ada produk Zuza produk keluaran muslim. Saya sendiri yang mengusahakannya bersama pekerja-pekerja yang semuanya Melayu.

“Untuk makluman jenama Zuza adalah singkatan daripada nama saya,” jelasnya baru-baru ini.

Mengimbau sejarah perniagaan produk Zuza, Zubir berkata, beliau memulakan perniagaan itu di rumah sebelum membuat keputusan memperbesarkan pengeluaran sekitar tahun 1996.

Menurutnya, beliau memulakan pengilangan produk di Jitra dan perniagaannya berkembang pesat sejak itu, namun aspek kualiti, kebersihan serta halal sentiasa menjadi keutamaan.

“Kuah Rojak Zuza malah antara kuah rojak pertama di Malaysia yang menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” jelasnya lagi.

Tambah beliau, Onlyone Zuza Food Industries Sdn. Bhd. turut menjalankan operasi mengilangkan beberapa jenama produk makanan milik syarikat bumiputera lain.

“Jadi hari ini kami sekali lagi mengesahkan produk Zuza 100 peratus milik Melayu Islam dan tiada was-was mengenainya.

“Kami juga berharap netizen berkongsi maklumat ini supaya tiada lagi ragu-ragu terhadap jenama Zuza,” katanya. – Mynewshub.TV

Tags: BMFproduk makananproduk muslimZuza Food Industries
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

21 Produk Makanan Mengandungi Racun Berjadual

05/11/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual.  Ketua Pengarah...

MOA Arah Pemeriksaan Produk Makanan Dari China

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) menjalankan pemeriksaan ketat di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd