Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Program Penyelenggaraan KLIA2 Siap...

KUALA LUMPUR - Program penyelenggaraan khas menggunakan kaedah suntikan penurapan bagi Lapangan Terbang...

Vaksin Sinovac Sangat Berkesan...

JAKARTA - Vaksin Sinovac Biotech Ltd didapati menghapuskan COVID-19 dalam kalangan pekerja kesihatan...

Kedah Dan Selangor Punyai...

SHAH ALAM - Barisan pemain Selangor tidak menghadapi sebarang tekanan tetapi sebaliknya teruja...

Timbalan Menteri Ditegur Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Istilah inap desa dan 'homestay' menghangatkan seketika sesi soal jawab...

Pelajar Cemerlang Maut Jatuh Bangunan

SUNGAI PETANI – Hasrat seorang bapa untuk menghadiahkan rantai kepada anak sulungnya tidak kesampaian setelah remaja 19 tahun itu dilaporkan terjatuh tingkat empat di sebuah pusat pengajian tinggi, petang tadi.

Mangsa merupakan pelajar cemerlang dari Pulau Pinang, baharu sahaja tamat kursus pengajian asas di pusat pengajian sama dengan agregat 3.85 dan sedang mengikuti semester pertama pengajian perubatan sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, bapa mangsa ada menghubungi anak sulung dari dua beradik itu kira-kira jam 2.30 petang tadi dan memberitahu cadangan untuk menziarahinya, dalam masa sama ingin menghadiahkan rantai yang dibeli seminggu lalu.

Menurutnya, menerusi panggilan sama, mangsa meminta bapanya untuk membawa bersama tiga helai baju-T, ayam goreng serta barangan keperluan lain.

“Namun, sebelum sampai ke lokasi, bapa mangsa menerima panggilan bahawa anaknya ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh tingkat empat di tempatnya belajar,” katanya.

Menurut Adzli, siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan termasuk dari aspek hubungan kekeluargaan, masalah kewangan dan pendidikan.

“Kita difahamkan pelajar ini bakal menduduki ujian esok dan sedang giat membuat persiapan,” katanya.


Adzli berkata, salah seorang rakan mangsa ada merakam video remaja itu menaiki tangga seorang diri di bangunan terbabit namun selepas itu, beberapa pelajar yang berada di perpustakaan terdengar bunyi objek terjatuh.

“Ada yang melakukan bantuan pernafasan namun mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Hasil siasatan awal ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan di bahagian belakang kepala dan kesan melecet di bahagian kaki.

Polis akan membuat semakan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selain siasatan lanjut akan diteruskan.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kategori