• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Fail Notis Usul Tangguh Bicara Kes Pinda Laporan Audit

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dijadualkan bermula Isnin ini.

Notis usul itu difailkan semalam menerusi firma guaman Tetuan Shafee & Co menamakan Pendakwa Raya dan Arul Kanda sebagai responden.

Dalam notis berkenaan, bekas perdana menteri itu memohon supaya perbicaraan yang dijadualkan bermula Isnin ini sehingga 29 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan ditangguh dan memohon bermula pada 13 Januari 2020.

Turut disertakan dalam notis usul itu afidavit sokongan yang diikrarkan Najib semalam, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu.

Najib memberi alasan, beliau dan barisan peguamnya hanya ada sehingga 2 Disember ini bagi membuat persediaan untuk membela diri terhadap pertuduhan lain yang dihadapinya iaitu menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. (kes SRC).

Pada 11 November lepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Najib membela diri terhadap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Menurut Najib, sekiranya perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini diteruskan ia dibimbangi akan memprejudiskannya berikutan beliau dan pasukan peguamnya memerlukan masa munasabah serta mencukupi bagi menyediakan pembelaan beliau dalam kes SRC, di mana beliau berdepan dengan pertuduhan yang serius.

Ahli Parlimen Pekan itu antara lain turut menyebut, pasukan peguamnya pada masa sama terlibat dalam penyediaan bagi satu lagi kes 1MDB yang dihadapi beliau yang telah bermula pada 28 Ogos lepas dan masih berlangsung sehingga kini.

“Berikutan dengan dapatan bahawa prima facie telah berjaya dibuktikan dalam kes SRC pada Isnin lepas, Hakim Mohd Nazlan telah mengarahkan pihak pembelaan untuk memulakan kes pembelaan pada 3 Disember ini. Ini telah menyebabkan pasukan pembelaan saya mempunyai masa terhad iaitu kira-kira dua minggu untuk menyediakan pembelaan termasuk saksi.

“Dengan permulaan perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB pada bulan ini, ia akan menghalang saya dan peguam-peguam saya peluang untuk menyediakan kes pembelaan saya secara menyeluruh dan efektif,” katanya.

Najib berkata beliau sesungguhnya percaya bahawa permohonan penangguhan singkat tersebut adalah wajar bagi membolehkan beliau mendapat satu perbicaraan yang adil selaras dengan hak perlembagaannya, bagi kepentingan keadilan dan bagi membolehkan mahkamah dalam kes SRC mengambil kira segala keterangan yang material untuk membuat keputusan adil dalam prosiding tersebut.

Menurut bekas perdana menteri itu lagi, responden-responden tidak akan diprejudiskan dalam permohonan tersebut jika mahkamah membenarkannya.

“Walaupun terdapat sedikit kelewatan dalam memulakan perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB, saya percaya bahawa penangguhan itu adalah perlu dan wajar dalam kepentingan keadilan serta ia selari dengan hak saya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil seperti diperuntukkan dalam perlembagaan,” katanya.

Semalam, Hakim Mohamed Zaini memutuskan untuk meneruskan perbicaraan kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB tersebut pada Isnin seperti dijadualkan sebelum ini, selepas berpendapat terdapat kesukaran untuk mencari tarikh lain.

Keputusan itu susulan permohonan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan pada 7 November lepas, untuk mengosongkan tarikh perbicaraan berikutan saksi utama yang akan dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut sedang memberi keterangan dalam pemeriksaan balas pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB.

Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh sebagai seorang pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda, 43, pula didakwa bersubahat dengan Najib, 66, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Tags: 1MDBlaporan auditNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd