Sample Page Title

JERLUN – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan menteri atau timbalan menteri dari parti itu dalam melaksanakan tugas mereka.

Bagaimanapun beliau mengakui ahli Kabinet memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri namun dia bersama menteri dan timbalan menteri dari parti itu sentiasa berkongsi pandangan sekiranya terdapat perkara berbangkit yang perlu diselesaikan.

“Bukan senang untuk seseorang terajui sebuah kementerian kerana mereka perlu tahu selok-beloknya dahulu. Jadi, tempoh setahun lapan bulan ini sangat singkat dan saya bersimpati dengan menteri dan timbalan menteri sekarang kerana sebelum ini mereka bergelar pembangkang.

“Bagi membantu meningkatkan tahap efektif, mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk belajar dengan pegawai yang ada bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang tepat untuk rakyat,” katanya.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa penganalisis politik bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu segera melakukan rombakan Kabinet bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu beliau berkata, sekiranya rombakan Kabinet dibuat dalam masa terdekat ia dibimbangi boleh memberi kesan dan menjejaskan persiapan negara selaku tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan.

“Memang dia (Dr. Mahathir) ada cakap mengenai isu rombakan Kabinet tapi itu belum sah lagi dan kalau ada pun akan makan masa dan tunggu habis APEC. Tahun hadapan kita banyak kerja kerana jadi tuan rumah, jadi kalau buat perubahan boleh mengganggu persediaan untuk APEC,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah telah merasmikan Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Keusahawanan 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Dr. Salmee Said.

Pada karnival itu, Mukhriz turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM300 setiap seorang kepada 390 pelajar yang layak memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Karnival ini diharap dapat melahirkan anak muda yang mempunyai jati diri kuat selain mampu bersaing dalam semua bidang. Kita juga berharap graduan mampu mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian dan tidak mahu mereka menganggur terlalu lama,” katanya.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...