• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Dengar Aduan 2 Tertuduh LTTE 5 Disember

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 5 dan 6 Disember depan bagi memeriksa aduan dua tertuduh yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Aduan itu berhubung dakwaan pengusaha kedai runcit B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk A Kalaimughilan, 28, bahawa mereka tidak menerima layanan baik di penjara sepanjang berada dalam tahanan.

Hakim Azura Alwi yang menetapkan tarikh itu selepas berpuas hati dengan aduan yang dilaporkan pada 1 November lalu.

“Selepas mendengar aduan daripada dua tertuduh, mahkamah berpuas hati ada kesalahan untuk diambil maklum bawah Seksyen 128 Prosedur Tatacara Jenayah.

“Satu pemeriksaan akan diteruskan mengikut Seksyen 133 Prosedur Tatacara Jenayah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya diwakili Low Qin Hui dan peguam bela S Selvam mewakili kedua-dua tertuduh.

Pada 1 November lalu, Azura mendengar kenyataan dua tertuduh itu dalam prosiding tertutup.

Pada prosiding lalu, peguam bela MV Yoges, yang mewakili Kalaimughilan, berkata anak guamnya mendakwa tidak dilayan dengan baik di penjara Sungai Buloh di mana bantal mahupun tilam tidak diberikan kepada tertuduh.

Tambah beliau, anak guamnya yang pernah terbabit dalam kemalangan sehingga mendapat lapan jahitan di kepala, mendapati rasa sakit bertambah teruk apabila tidur di atas lantai.

Kedua-dua tertuduh itu adalah antara 12 individu didakwa di beberapa Mahkamah Sesyen di sini pada 31 Oktober lalu, atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE. – BH Online

Tags: LTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Busana RM27 Juta Tarikan Utama Produk Malaysia Di CIIE

Next Post

Pemain Liga-M Boleh Guna Nombor Jersi 1-99 Musim 2020

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

Next Post

Pemain Liga-M Boleh Guna Nombor Jersi 1-99 Musim 2020

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd