• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sedia Berdepan Undi Tidak Percaya

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedia berdepan dengan usul undi tidak percaya kerana percaya beliau mempunyai sokongan kuat.

Beliau berkata, sepanjang pengetahuannya beliau pada masa ini menerima sokongan termasuk daripada pembangkang iaitu UMNO dan PAS.

“Apa yang saya tahu, PAS juga kata sokong saya, terima kasih. UMNO berkata, mereka juga sokong saya, terima kasih. Saya tidak tahu siapa yang tidak sokong saya tetapi jika mereka tidak sokong saya, mereka sentiasa boleh bawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini semasa dirujuk wartawan mengenai cadangan oleh seorang pemimpin UMNO supaya Dr. Mahathir membentuk ‘kerajaan perpaduan’ untuk terus menguasai Putrajaya.

Dr. Mahathir terdahulu merasmikan Konvensyen Alumni ‘Sekolah Kepimpinan Masa Hadapan’ (MFLS) turut memberikan respons terhadap gesaan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa agar memilih sama ada bergabung dengan UMNO atau DAP.

“Kalau dia tidak rosakkan UMNO, saya akan pilih UMNO, tetapi dia dan kawan-kawan dia, Datuk Seri Najib (Tun Razak) guna UMNO untuk cari duit, takkan saya nak cari parti macam itu,” katanya.

Sementara itu Dr. Mahathir berkata, beliau telah bertanya kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam, mengenai perjumpaan dengan beberapa anggota Parlimen termasuk daripada UMNO di kediamannya di Putrajaya pada Isnin lepas.

Ditanya selaku Pengerusi Pakatan Harapan, adakah beliau akan menasihati PKR agar tidak menggembar-gemburkan masalah dalaman parti mereka, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan parti-parti lain walaupun mereka bernaung di bawah PH.

Mengenai maklumat yang disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya mengenai ada anggota Kabinet yang menyalah guna kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek, Dr. Mahathir berkata, menteri berhak memberikan projek di dalam kawasan Parlimen mereka.

Tags: Mahathir MohamadPerdana MenteriUMNOUndi Tidak Percaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd