• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Perlu Berani Rombak Kabinet – Rais

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berani membuat rombakan Kabinet sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan itu yang sepatutnya dilakukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berbanding melakukan post-mortem untuk mengenalpasti punca sebenar kekalahan.

“Bagi saya post-mortem boleh buat, tapi intisari kelemahan itu orang kampung sudah tahu.

“Perdana Menteri kena berani rombak wira-wiranya di Kabinet,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rais berkata, beliau juga sudah menjangkakan PH akan tewas di Tanjung Piai, namun bukan majoriti lebih 15,000 undi.

“Saya tersentak dengan keputusan PRK kali ini. Orang Melayu lebih sukakan calon MCA, apatah lagi pengundi Cina sendiri,” katanya.

Menurutnya, selain rakyat marah kerana janji PRU14 masih belum dilaksanakan, jentera PH juga didapati lemah kerana ada Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang tidak cukup penyertaan tempatan.

Selain itu, katanya, wujud ketidakselarasan pimpinan dalaman di Johor antara Pengerusi Bersatu, Menteri Besar dan lain-lain.

“Malah, segelintir menteri dan pemimpin yang terlajak cakap turut memburukkan keadaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanRais YatimRombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd