Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Peminat Teruja Gandingan Sulung...

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan Zul...

Anifah Minta Mahathir Tunaikan...

AHLI Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menuntut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

Umno, BN Mesti Lambangkan...

KUALA LUMPUR - Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti digambarkan sebagai parti yang...

PM Ucap Tahniah, Putera...

JOHOR BAHRU - Seperti dijanjikan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan putera pertamanya sempena dengan...

Mahathir Bawa Siti Hasmah Keluar ‘Dating’ Di KL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad memanfaatkan cuti hujung minggu hari ini dengan membawa isteri, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, pemimpin berusia 94 tahun itu dilihat memandu sendiri kereta Proton ke ibu kota bersama isterinya.

“Sekali sekala bawa Hasmah ‘dating’ di KL,” katanya dalam satu hantaran di Instagram @chedetofficial, hari ini.

Pasangan romantis itu juga meluangkan masa menjamu selera di sebuah kafe dipercayai di Jalan Bukit Bintang.

Hantaran yang mengandungi tiga keping gambar dan satu video itu telah memperoleh lebih 55,000 ‘likes’ dan 2,000 komen netizen.


Hantaran berkenaan turut mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza yang memberi komen berbentuk emoji hati (love).

Selain itu, rata-rata netizen juga mengagumi keutuhan cinta Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka berdua.

Kategori