• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akan Jadi Kambing Hitam Oleh Rakan PH

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan menjadi ‘kambing hitam’ oleh rakan-rakan politiknya ekoran kekalahan PRK Parlimen Tanjung Piai semalam.

Itu ramalan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, situasi yang berlaku adalah sama seperti apa yang berlaku kepada PAS semasa parti itu bersama dalam Pakatan Rakyat dahulu.

“Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM (Perdana Menteri) ketujuh sebagai punca utama kekalahan (calon PH) PRK Tanjung Piai.

“Habis madu sepah dibuang. Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas PAS semasa mereka bersama dalam Pakatan Rakyat,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.

Najib memberitahu bahawa sikap DAP tidak pernah berubah.

Semalam, BN merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai melalui calonnya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng apabila memperoleh kemenangan besar dengan meraih 25,466 undi.

Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi berjaya mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu calon PH, Karmaine Sardinie yang memperolehi 10,380 undi. – MalaysiaGazette

Tags: Mahathir MohamadNajib Tun Razakpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd