• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Mahkamah Tinggi Tiada Kuasa Isu Jamin G Saminathan

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan jaminan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Gadek, Melaka, G Saminathan yang ditahan di bawah akta kesalahan keselamatan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias berkata, permohonan jaminan itu melibatkan isu Perlembagaan yang perlu dirujuk dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan.

Saminathan yang menghadapi pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan itu ditahan reman di Penjara Sungai Buloh mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mohd Izhanudin berkata, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan dan memutuskan isu jaminan terhadap individu yang ditahan di bawah SOSMA walaupun Mahkamah Sesyen telah memerintahkan supaya permohonan itu didengar di mahkamah itu.

“Walaupun ada perintah daripada Hakim Mahkamah Sesyen untuk merujuk isu Perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi, pihak pendakwaan berpendapat bahawa persoalan berhubung isu Perlembagaan perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika sebutan permohonan Saminathan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Saminathan berkata, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan berkenaan dan memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin.

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Sesyen pada 1 November lepas telah memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan pembelaan mengikut Seksyen 13(2) SOSMA bagi merujuk isu Perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohd Nazlan menetapkan 13 November untuk mendengar hujahan lanjut daripada kedua-dua pihak dan mengarahkan mereka memfailkan hujahan masing-masing serta persoalan yang ingin dibangkitkan dalam permohonan itu sebelum atau pada 12 November ini.

Semalam, hanya permohonan Saminathan disebut di Mahkamah Tinggi.

Pada 1 November lepas, Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan Saminathan dan 11 lelaki untuk merujuk isu Perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.

Mereka ialah Saminathan, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60; pemandu teksi V Balamurugan, 37; penghantar surat, S Teeran, 38; peniaga besi buruk, A Kalaimughilan, 28; ketua pegawai perbadanan, Chandru, 38; juruteknik S Arivainthan, 27; penjaga stor, S Thanagaraj, 26; pengawal keselamatan, M Pumugan, 29; seorang guru sekolah menengah kebangsaan di Telok Panglima Garang, Selangor, Sundram Renggan@Rengasamy, 52; ahli DAP, V Suresh Kumar, 43, dan peniaga, B Subramaniam, 57.

Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini dan di beberapa negeri pada 29 dan 31 Oktober lepas atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Prosiding hari ini turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tags: ADUN DAPADUN GadekG SaminathanLTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Akur Titah Sultan, Zakat Hanya Untuk Orang Islam

Next Post

Kerajaan Akan Benarkan Penanaman Ganja

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

Next Post

Kerajaan Akan Benarkan Penanaman Ganja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd