• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: 2 Pertuduhan Terhadap ADUN Seremban Jaya Batal

oleh
06/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaran.

Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, di sini, masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lepas.

Gunasekaran bagaimana pun tidak hadir ke mahkamah dan diwakili barisan empat peguam yang diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Sebelum ini Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan telah dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lepas, atas pertuduhan tambahan.

Sementara itu, Rayer ketika bertemu dengan pemberita kemudian berterima kasih kepada pendakwa atas langkah yang diambil.

“Kami dimaklumkan pagi ini selepas tuduhan difailkan, mereka (pendakwa) telah membuat keputusan untuk menarik balik dua tuduhan. Tiada sebab diberikan,” katanya.

Beliau juga berharap langkah yang sama akan diambil oleh pihak pendakwaan di mahkamah lain.

“Kami berharap pihak pendakwa akan menimbang semula dan menarik balik tuduhan terhadap semua yang lain (yang ditahan di bawah Sosma yang berkaitan dengan LTTE).”

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan. 

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd