• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipercayai Warga Indonesia Ditahan Bunuh Wanita

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di sebuah ladang di Kalabakan dekat sini.

Ketua Polis Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, lelaki berumur 40 tahun itu, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan, mengaku terlibat dalam pembunuhan wanita berumur 24 tahun itu, namun motif pembunuhan masih disiasat.

“Mangsa, seorang warga Indonesia, dilaporkan hilang pada 3 November lepas dan mayatnya telah ditemukan di kawasan semak di sebuah ladang di Imbak, Luasong, Kalabakan pada Jumaat lepas oleh keluarganya.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau menjalankan operasi menjejak dan menahan suspek pada 9.21 malam (pada 8 November) di Jalan Tanjung Batu,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Peter berkata, siasatan lanjut mendapati suspek, yang bekerja sebagai buruh di ladang berkenaan, positif dadah ketika ditahan.

Katanya, suspek direman sejak semalam hingga 15 Nov bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags: kes bunuhmayat wanitapolis sabahwarga indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd