• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuhraya PIL 1, LRT Diluluskan Tidak Lama Lagi

oleh
02/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Transit Aliran Ringan (LRT) kini berada di peringkat akhir dalam mendapatkan kelulusan yang diperlukan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata kerajaan negeri telah bekerjasama dengan SRS Consortium untuk memuktamadkan perjanjian induk bagi dua komponen utama daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion.

“(Setelah ia dimuktamadkan), rakan penyampaian projek boleh bergerak ke fasa penting seterusnya iaitu reka bentuk projek, mengumpulkan tender mungkin pada bulan kedua tahun hadapan, seterusnya mara ke fasa pembinaan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-45 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang di sini.

Projek PIL 1 adalah lebuh raya bebas tol sepanjang 19.5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran kawasan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas IV, merangkumi seksyen jejambat 7.6km, empat terowong (10.1km) dan benteng (1.8km).

Sementara itu, projek LRT pula akan meliputi 29.9km laluan rel dan 27 stesen, dari Komtar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan tiga lagi kawasan membabitkan pulau-pulau tebus guna di selatan Pulau Pinang dengan anggaran kos sebanyak RM8 bilion.

Tags: DAP Pulau PinangLebuhraya PIL 1LRT Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

04/12/2025
0

Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,...

Tiada Keperluan Bubar DUN Pulau Pinang – Kon Yeow

28/02/2020
0

BATU KAWAN - Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, jika Parlimen dibubarkan di peringkat Persekutuan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd