• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 600,000 Kekosongan Kerja Tidak Diisi

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang tidak diisi kerana kurang mendapat sambutan terutama dalam kalangan golongan muda.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata kekosongan jawatan itu bukan sahaja dalam pekerjaan 3D (sukar, kotor dan berbahaya), malah sektor pengurusan dan profesional.

“Janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menyediakan sejuta peluang pekerjaan akan ditepati dan dijayakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita ada kekosongan lebih 600,000 kerja sedia ada.

“Bukan sahaja 3D, kekosongan lebih 6,000 dalam bidang pengurusan, lebih 21,000 dalam bidang profesional manakala lebih 22,000 dalam bidang juruteknik dan profesional bersekutu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) sama ada janji PH dalam menyediakan sejuta peluang pekerjaan akan ditunaikan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) mengenai jumlah pekerja swasta yang diberhentikan termasuk ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS), Kulasegaran menjelaskan seramai 24,600 orang diberhentikan sehingga 30 September lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 21,625 orang iaitu 87.9 peratus terbabit dengan pemberhentian biasa manakala bakinya terbabit dengan pemberhentian sukarela,” katanya.

Pekerja yang terjejas membabitkan dalam sektor pembuatan (7,944 orang); aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan (7,309 orang); perdagangan, borong dan runcit (2,123 orang); kewangan dan insurans (1,748 orang); penginapan dan perkhidmatan makanan serta minuman (1,049 orang) dan sektor maklumat dan komunikasi (679 orang).

Tags: kula segaranpakatan harapanpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

DAP Tidak Boleh Lepas Tangan Isu Kula – PAS

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – DAP tidak boleh mengambil sikap 'lepas tangan' berhubung kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

18/10/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd