• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Tolak Dakwaan Kempen BMF Turunkan Harga Barang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menolak dakwaan bahawa kempen Buy Muslim First (BMF) telah dapat mengurangkan harga barang.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Muez Abd Aziz berkata, dakwaan seumpama itu tidak berasas kerana harga barang dan produk adalah berdasarkan kepada tawaran oleh pengilang, pembekal serta peruncit.

Beliau berkata demikian sebagai membalas dakwaan Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi yang dilaporkan berkata bahawa kempen BMF telah menurunkan harga barang secara drastik.

Muez berkata, pengilang, pembekal dan peruncit memberikan diskaun mengikut tempoh tertentu di pasar raya atau premis perniagaan, menyebabkan sesuatu produk yang ditawarkan itu menjadi lebih murah.

“Ia juga bergantung kepada inisiatif dan kempen jualan oleh pihak peruncit dalam bersaing sesama mereka untuk menarik perhatian pengguna,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Muez berkata, kementerian juga tidak bercadang mengubah atau memasukkan BMF dalam kempen Beli Barangan Malaysia yang dijalankan sejak 1984.

Beliau menyifatkan cadangan BMF dibuat secara umum dan kementerian melihat promosi produk tempatan lebih penting selain turut menawarkan harga yang berpatutan.

“Kalau ada sekalipun (BMF), ia sudah ada dalam Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Pihak kami sedang bekerja keras untuk mempromosikan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

“Kita berpegang kepada itu sahaja. Kita hanya promosikan barangan tempatan dan ia lebih penting,” katanya.

Tags: Harga Barangkempen BMFKPDNHEPproduk muslim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd